MELAKA : RUMAH TRADISIONAL MERLIMAU : ISTANA MERLIMAU : RUMAH PENGHULU NATAR
.
.
.
.
Itu hari ..
Lama dah ..
Dah cerita kat blog lama ..
Nak masukkan juga dalam blog ni ..
.
.
Kami ke rumah Melayu lama yang sangat cantik di Merlimau
Rumah Penghulu Natar
Berusia hampir dua abad
Masih berdiri tegap di tempat asalnya
.
.
Penghulu Mat Natar mewarisi rumah ini daripada ayah beliau , Penghulu Demang Abdul Ghani
Mula dibina pada tahun 1895 dan siap sepenuhnya pada 1918
.
Reka bentuknya banyak dipengaruhi oleh seni binaan daripada Palembang , China , Kemboja , Champa dan Filipina
Bentuk rumah bercirikan Rumah Melayu berbumbung Limas
.
Jubin-jubinnya diimpot dari Negeri China
.
Tingkap-tingkap yang memudahkan pengaliran udara sejuk masuk ke dalam rumah
.
Ini adalah pandangan ke bahagian serambi
.
Atasnya nanas , bawahnya labu
Ukiran nanas dan labu di tepi kolah air di luar rumah
Kolah ini untuk membasuk kaki sebelum memasuki rumah , juga untuk mengambil wudhu’
Labu dan nanas membawa maksud kemanisan dan kemewahan untuk Tuan Rumah dan para tamu yang datang
.
Feluh-feluh kena jadik model saya
.
Jubin-jubin tu sangatlah cantik!
Dan masih utuh
.
.
Jom masuk dalam rumah!
.
.
Jubin-jubin bukan dari China aje .. ada dari Peranchis dan Jepun
Dibawa oleh pedagang-pedagang
.
Di serambi rumah .. ada banyak kerusi gini
Kerusi-kerusi tinggi ini adalah untuk Orang-Orang Putih yang canggung untuk bersila
.
Kami datang masa Hari Raya.
Singgah kejap lepas melawat sedara-mara di Merlimau
Tu yang siap ada hidang kuih raya dan air kat atas meja tu…
.
.
.
Susah sikit nak cari rumah ni sebenarnya..
Kat jalan kampung , bukan kat jalan besar
.
Ukiran-ukiran di sekitar serambi rumah ini
Ruang serambi ini dijadikkan ruang untuk mesyuarat , meraikan tamu dan pembesar dan ruang pembicaraan
.
Ukiran naga
Pengaruh dari mana lagi …
China laa…
.
Demang adalah seorang yang suka memburu
.
.
Ini di bahagian Rumah Depan
Sangat luas
Banyak tingkap
Sejukkk je bila kat dalam ruang ni
.
.
.
.
.
Dari luar menghadap ke Rumah Depan
.
.
.
.
Ini menghadap ke Rumah Tengah
Ada ruang Penghulu
Kini telah ditutup dijadikkan bilik
Rumah Melayu tulen sebenarnya tidak berbilik
.
Di Rumah Tengah ini ada satu singgahsana berwarna merah
Berlorek ukiran bermotifkan ukiran naga
Digunakan oleh Penghulu dan juga untuk Raja Sehari bersanding
.
.
.
Tiang Seri Rumah Melayu adalah satu element yang sangat penting
.
Ukiran keemasan di dinding gobok di Rumah Tengah
.
.
.
Seterusnya ..
Kami turun ke Rumah Belakang
Tempat para wanita berkumpul , berhibur, beristirehat , memasak
.
Tau tak tu apa..
Batu kisar
Untuk kisar beras nak jadikkan tepung beras..
‘ Ohhh …. ‘ kata budak-budak tu..
.
Belah dalam Bilik Pasung
.
Belah luar Bilik Pasung
.
.
Atap genting itu adalah masih atap genting yang asal
.
.
.
Pelantar simen yang luas di Rumah Belakang itu untuk menjemur padi , ikan , kuih dan sebagainya
.
Nampak benor pengaruh dari China nya ..
.
.
.
.
Nampak tangga untuk ke loteng tu?
Tangga kayu yang curam
Saya coba panjat naik..
.
.
Luas juga lotengnya
Ada bau taik kelawar!
Loteng juga adalah satu lagi ciri Rumah Melayu
Untuk anak-anak gadis menyorok kan diri daripada para tetamu .
.
Beautiful
Just beautiful..
Tak heranlah jika Rumah Penghulu Natar ini digelar rumah Melayu tertua dan tercantik di Tanah Melayu ini..
.
Ini ialah Jebat
Kucing Encik Rizal
Cicit Demang Abdul Ghani
.
Rizal Bin Md Ramli
Md Ramli Bin Md Natar
Md Natar Bin Demang Abdul Ghani
.
.
Ini lah pewaris rumah ini.
Encik Rizal itu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pernah tengok kat blog lama awak!
Cantik sangat rumah ni, agaknya kalau buat weeding foto shoot mesti nampak nastalgik sgt kan?
pehh…
pakai lak baju kebaya lama..
kellasssss!!
wowww…..jubin tu mmg takde ek doc kat mesia…cantik ek…btw…comel ngupenya doc singa nih…tak berapa nk singa sgt…ayu jekkk acik tgokk….kikikiki
hehehheee…
itu bukan saya..
itu adik saya..
🙂
Selaku gi merlimau sbb nak gi pasar n cari ikan baru naik…
Lps ni nak carila umah ni….
Rajin berjln luas pemandangan.. Tepat sungguh peribahasa tu untuk u…..
🙂
terimakasih kak..
saya suka mengembara dan abadikan dalam gambar saya
wow..rumahnya sangat cantik..orang lama2 dulu berseni kan..harap dipelihara agar terus menjadi tatapan generasi akan datang..
satu warisan negara kan..
bila nampak jubin tangga rumah melaka, mesti teringat meja restoren chili’s..
bila ingat meja restoren chili’s, mesti lapor….
hahahhaaaa!!
ko ni..
maaaakannn jer…
🙂
Salam
Memang doc ni hebat benar, cari sana sini khazanah negara.
rIZAL TU DUK SITU lagi ke?sedih jugak baca cerita dia, menteri kena halau? mungkin penghuni kecewa…
tapi skrg rumah tu dah cantik, mesti kementrian dh masuk campur.
ok lepas ni ka mana? kami tertunggu2.
rasanya encik Rizal tu tak duduk situ
sebab tak nampak pun macam ada bilik untuk dia
ha ah..
dah dibaik pulih sepenuhnya. saya tak pasti jabatan mana yang menjaganya tapi.
lepas ni..
hehehee….
dekat je..
mencari helang yang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih
Tiles tu walau nmpk bizi w designs…amatlah cantik.
Those colourful tangga mmg signature melaka kan
rugi lak tak bergambar duduk dengan sopannya kat tangga tu!
🙂
arwah nenek dulu suka paksa kami tolong dia kisar beras guna batu kisar, rasa nak patah bahu.
mula mula macam best je kan..
lama lama dah rasa kena buli!!
terimaksih kerana berkongsi gambar2 yg tersangat2 cantik dan menarik,sbb saya belum sampai kesana lagi…
seronoknya jika tinggal kat rumah mcm tu…ambik angin kat beranda…duduk2 atas tangga..
🙂
kan!!
cantik sangat!!
terima kasih kerana membaca..
Sayu pulak bila baca kisah En Rizal tu, bagaimana dia menjadi OKU.
Saya harap lepas ketiadaan beliau, ataupun patutnya dari sekarang, patut ada agensi/badan yang bantu beliau pelihara & pulihara heritage ni…
Raya tahun ni gi lagi tak rumah ni? 🙂
memang ada badan yang memantau dan memulihara
dengarnya.. hari tu.. nak baik pulih .. mau dekat 500 ribu
raya taun ni…??
hehehheeee….
kalau terlalu Melemo.. pasti pergi!!
kak.. atap genting tu acu guna peha jugak ke … ?!.. ehhee..
Hahahahaa!!!
tukang rumah lain ..
🙂
cantik dan berseni la…
seni orang zaman dulu..
kaya penghulu ni dulu kan..?
merlimau tak jauh dari kampunng wa…
tapi wa sendiri tak pernah cari rumah nih…
cantik ok!!!!…buat prototype homestay mesti best…
(tengah pikir nak buang sawang cara mudah…byk tuh ukirannyer…)
kalau homestay lu cam ni…
wa nak jadik orang first sewa!
🙂
Mutiara orang lama: sesuatu yang baik belum tentu benar, sesuatu yang benar belum tentu baik…..ish konfius daaa
good not always true
trye not always good
hehehee
very kalorful
meriah!!
🙂
Ohhhhh agknya berapa value rumah ini kalo dijual agaknya??
Dahnamaauditor!!
Sgt cantik ukiran2 bagai tuh!!
juta??
boleh agaknya?
selamat datang ker kg saya……….
salam Shafie..
🙂
saya suka kampung awak..
apa perkembangan terkini rumah tu ye? waris rumah berkenaan pon sy tk dpt jumpa untk bertyakan perihal rumah tu. pekerja yg mnjga rumah tu pula pekerja baru. bila dtanya katanya tk tahu menahu pasal sejarah rumah tu. hmm. agak kecewa. penduduk sekitar situ pun nmpk tidak memberi kerjasama.
En Rizal tu dah tak berniaga burger kat depan tu lagi ke?
dia tu cicit Demang
kalau awak betul-betul nak cari , ada satu saudara mara mereka di Kampung Morten
tanya aja orang kat situ, kemungkinan besar mereka tau
gambar rumahnya ada di entri saya yang ini
Anak Demang
https://sayadankamerasaya.wordpress.com/2012/04/29/melaka-world-heritage-city/
assalamualaikum.
saya mohon guna gambar-gambar ini untuk asg aplikasi matematik saya.
Terima kasih.
boleh..
untuk kebaikan boleh..
salam tuan , saya ingin meminta kebenaran dari tuan jika saya boleh menggunakan photo tuan utk saya lukis semula..
boleh wasap saya di 011-393917157
Waalaikumsalam Tuan. Boleh aje. Bila dah siap nanti kalau boleh saya nak tengok ya 🙂