MELAKA WORLD HERITAGE CITY

.

.

.

.

Pada suatu hujung minggu

Unplanned excursion

On the way balik MuoR

Konar Exit Air Keroh

Terus sampai Banda Hilir

Kenapa …

Sebab ia adalah satu Bandar Warisan Duina

Saya nak jelajah sebahagian daripada Bandar Warisan Dunia ini.

.

.

Kami bertiga sahaja kali ini

Turun kereta

( Pada hujung minggu .. sila lah parkir di parkir di depan Bangunan Tabung Haji lama di Jalan Banda Kaba .. Usah harap dapat parkir di tepi sungai itu .. )

Turun kereta … cari dan turun tepi Sungai Melaka

Wahhhhhhhhh ………

Amat terpegun !

Dulu tak secantik gini.

.

.

” Kena jalan kaki ke…. ?? !! ”

Dia tanya ..

” alaaaaaaaahhhhhhhhhhhh ………….. ”

.

.

Boleh naik Monorel

Yang sangat perlahan jalannya

Kami yang jalan kaki di tanah pun lebih sangat laju daripada ia

.

.

Atau boleh naik bot yang hilir mudik Sungai Melaka itu

Boleh berdiri di mana-mana jeti

Dan lambai-lambai tatkala ia lalu , dan naik

Dan juga boleh turun di mana-mana jeti di sepanjang Sungai bersejarah yang airnya cokelat pekat itu

BudakRock bertanya ..

” Macamana kapal besar-besar dulu lalu sungai ni …? Kecikk je… ”

.

.

Kami pilih untuk jalan kaki

.

.

Kerana kalau tak jalan kaki

Kami tak jumpa ini …

.

.

Dan berdiri di bawah Jambatan ini …

.

.

Dan boleh enter frame

Itu saya dan BudakKecik

.

.

Dan tak boleh berhenti dan klik mural … eh graffiti ini…

.

.

Dan nengok bayang-bayang yang indah ini…

.

.

Dan curahan hati ini …

.

.

Dan yang ini …

Yang paling saya suka …

.

.

Amazing …

Sangat cantik …

.

.

Saya terhenti dan terpegun di banyak pit stop di sepanjang tepian Sungai Melaka int.

.

.

Ini bukan M.Nasir

.

.

.

.

.

.

Kami berjalan sampai ke Jambatan ke Kampung Morten

Jauh tu !

Menyeberang ke Kampung Morten

Dan terus jalan sampai ke pengkalan bot di hujung nun …

.

Saya pasti akan datang semula

Kerana saya terlepas menjenguk Masjid Kampung Hulu

Salah satu Masjid tertua di Malaysia

.

.

Dan terlepas berhenti di ‘ Muzium hidup ‘ ini

Rumah anak kepada Demang Abdul Ghani

Yang rumahnya di sini .. dan sini …

Dengarnya bukak 356 365 hari setahun

.

.

.

.

.

.

.

.

Sambung cerita Kembara Melaka saya

Semenjak dua menjak ni

Saya dan EncikAbdul dan anak-anak-anak-anak ( BudakDebab tak tau apa-apa ) kurang sikit suka berendam di Port Dickson bila tiba cuti dan cuti sekolah , macam biasa.

Saya , kami dah lebih suka berjalan , kembara .

.

.

Sesampai di Melaka

Saya bertanya kepada Ibu saya

Di mana Makam Tun Teja ?

Ibu saya tau di mana

Kami semua teruja untuk mencarinya

.

.

Di Kampung Pengkalan Samak , Merlimau

Ikut saja papan tanda

.

.

.

.

Di tepian sawah padi

mangkat dalam perjalanan lari dari Portugis , ke Bentayan ( kampung saya )

.

.

.

Saya tak pernah melihat mereka begitu teruja membaca dan bertanya .. tentang Melaka …tentang Tun Teja

Nasib baik saya sudah membaca dan boleh menjawab nya

boleh baca di sini

.

.

.

.

Mari renung-renungkan kata-kata mereka

.

.

Ini adalah makam bersejarah yang pertama

ada dua lagi

nanti saya cerita.

.

.

.

Mengikut apa yang saya baca

Menurut Sejarah Melayu , Hang Nadim lah yang telah menambat hati Tun Teja , dan membawa Tun Teja dari Pahang ke Melaka

Menurut Hikayat Hang Tuah , Hang Tuah lah yang membawa lari Tun Teja daripada tunangan beliau

Sungguh jelita Tun Teja hingga Sultan Mansur Syah tergila-gilakan dia

Kool …

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sambung cerita jelajah kota bersejarah pagi-pagi buta

Sanggup tak sarap dan menapak sorang-sorang ke tengah kawasan kota lama..

.

.

Saya dah cerita pasal Jalan Hang Jebat atau Jonker Street

Saya belum cerita apa yang sangat menarik yang saya jumpa di celah-celah bangunan di jalan itu ..

ini..

.

.

.

Tau baca Jawi tak ?

Makam Hang Kasturi.

Di celah celah kedai lama

.

.

Menurut Sejarah Melayu .. Hang Kasturilah yang telah menderhaka kepada Sultan Melaka kerana marah kerana Baginda Sultan telah mengarahkan Hang Tuah dibunuh tanpa usul periksa.  Dan akhirnya mati dibunuh oleh saudaranya Hang Tuah

Tetapi apa yang diketahui umum .. Hang Jebat lah penderhaka / hero nya..

Hero atau penderhaka … bergantung kepada persepsi dan pandangan masing-masing

.

.

Saya nampak Apek ini berhenti di sebelah Makam Hang Kasturi

Saya tak melepaskan peluang mengambil gambar kontrovesi ini..

Sebenarnya .. ada satu Tokong Cina di sebelah makam Hang Kasturi itu

Oleh kerana tiada wide angle dan takut terlepas peluang mengklik gambar tersebut.. saya dapat gambar di bawah ini..

.

.

.

.

.

Saya berjalan lagi di celah-celah bangunan ratusan tahun di situ

Mencari Jalan Kampung Kuli

Di sebelah Jalan Tukang Emas

Kool nama jalan-jalan di sini …

Mencari satu lagi makam lima bersaudara

Makam Hang Jebat

.

.

.

Hang Jebat yang pernah mengatakan

” Raja adil Raja disembah .. Raja zalim Raja disanggah ..”

.

.

Makam bernisan batu nisan Acheh ini juga terletak di celah-celah kedai lama ..

Saya cari juga sampai ke hujung jalan.

.

.

Seram juga bila sorang-sorang di sini

Pagi-pagi buta ni awak … !!

Saya sedekah kan Al Fatihah..

.

.

.

Sepanjang zaman

memang ada hasad dengki .. fitnah memfitnah .. tikam belakang .. kesetiaan tak berbelah bahagi .. semangat setia kawan … tuduh menuduh …

kann …

.

.

Sepanjang di Melaka hari tu .. dua dari lima makam Pahlawan Lima Bersaudara , pejuang bangsa saya ziarah ..  dan satu makam Permaisuri Raja.

Saya bukanlah obses tentang makam

Saya cuma suka sejarah

Kerana

“tegak bangsa dan berdaulat negara kerana sejarahnya.”

.

.

.

.

.

.

Saya nak sambung cerita tentang jelajah Melaka saya

Ibu saya kata

Ada sebuah rumah Melayu Melaka yang sangat cantik di Merlimau

Saya sangat teruja untuk mencari dan jelajah .

Kami ikut jalan Serkam Pantai .. hingga sampai ke Merlimau

Sampai di perkarangan rumah tersebut

Saya memang ternganga …. betul !!

Saaangat cantik

Anak-anak-anak saya pun terpegun .

.

Rumah Penghulu Abdul Ghani di Merlimau

Jubin marmar berwarna-warni di tangga

yang menjadi simbol rumah Melaka

Cantik.

Telah dipulihara dan terjaga .

.

.

Di bahagian tengah rumah ada sebuah pelamin

Merah keemasan

Berukir teliti

Bermotifkan naga garang .. pelanduk ..sarat berawan larat

Cantik

.

.

Kami bertemu dengan Encik Rizal

Cicit kepada Demang Abdul Ghani

yang menjaga rumah itu

yang mempunyai seekor kucing

yang bernama Jebat

.

.

Kool.

.

.

.

.

Ada banyak lagi gambar

Saya simpan

Saya nak letak di Album 365 saya yang itu

..

.

.

.

Demang = Penghulu

Saya akan datang lagi ke rumah ini

Saya tidak dapat gambar yang saya rasa saya puas hati

kerana kamera saya kehabisan bateri

‘ Hmmmmmm’ …. kata EncikAbdul yang meng-iye kan je seperti biasa bila saya ajak dia …. ….

.

.

.

.

.

.

Saya nak cerita lagi pasal Melaka

.

Ini di Jalan Hang Jebat itu..

Saya klik tingkap dia

Tiba-tiba dia nampak saya skodeng dia

dan dia tutup tingkap dia

saya ketawa dalam hati…

.

.

Ada sessi karaoke

Ramai Ah Soh dan Ah Pek nyanyi-nyanyi

Saya perlahan-lahan diri di tepi pintu

dan enjoy nyanyian mereka

walau saya tak paham sepatah habuk

wo ai ni je … pangsai .. ki fan ..je yang saya paham .. kalau ada..

veli happening …

.

.

Ada anak kawan saya di Singapura nengok gambar ni dan kata…

‘Selipar jamban kan tu… ‘

.

.

Kat depan lagi sikit

Saya jumpa ini pula …

Ada sessi tarian

lagu-lagu lama

Lagu Lady GaGa pun ada

very lively …

.

.

.

.

Jalan Hang Jebat

atau Jonker Street

Banyak benda yang saya explore

Nanti saya cerita lagi

.

.

.

.