NINA’s PAGE

.

.

.

.

.

Kenapa saya menulis tentang Nina

Kerana saya nak Nina baca page ini bila dia dah sembuh nanti

Dan mungkin ada yang bernasib serupa saya dan Nina yang boleh mengambilnya sebagai semangat

Who knows…

.

.

Saya dapat tahu Nina ada Scoliosis daripada pemeriksaan olah para Jururawat yang melawat ke sekolah-sekolah dan melakukan ujian mata, tulang belakang dan suntikan

Saya tak pernah terpikir untuk melihat belakang Nina, walaupun secara retrospektifnya ada nampak dia agak bongkok sedikit

Saya pernah terpikir .. mungkin kerana usianya .. dan mungkin kerana sifat-sifat wanitanya mula kelihatan .. maka dia membongkokkan dirinya

.

.

Awal bulan may 2012

Nina bawa balik surat daripada Misi.. minta saya pergi ke Klinik berdekatan untuk pemeriksaan Scoliosis

Saya tak pergi

Misi called

Baru saya pergi buat xray di klinik sendiri

.

.

2 June 2012

Rasa nak pensan

Double curve scoliosis

.

.

Sadness phase

5 June 2012

Terus kami cari Doktor Pakar

Kami jumpa Dr Rozman

.

.

.

Double Curve Scoliosis

Idiopathic Scoliosis

Diukur darjah nya

Lebihkurang 40 degree .. Xray yang saya buat tu tak berapa cantik sangat.. Susah sikit nak kira degree-nya

Memandangkan Nina akan UPSR tahun ini .. Kami disarankan berjumpa Prof Kwan di PPUM

Untuk pakai brace

Untuk ‘buy’ some time sampai UPSR

Kerana >;;;>;;; 40 degree surgeri lah managementnya

‘ Kalau anak saya .. saya akan pakaikan brace dulu ‘ katanya…

.

.

Seminggu saya tak sentuh PC

Seminggu saya tak nak search apa-apa

Then..

Came the Argument phase

Saya mula search sana sini

Saya search .. saya nangis .. saya nengok gambar sana sini .. saya nangis lagi

Kenapa jadik kat Nina macam ni….

Kawan-kawan jadi tempat curahan perasaan

.

.

11 June 2012

Bertunggu pula kami di PPUM

Mencari Prof Kwan

.

.

Disarankankan membuat full spine XRay

Semasa selepas saya tolong Nina bukakan baju untuk XRay

Berderai air mata saya

Kenapa saya tak perasankan anak saya begini…

Kenapa anak orang lain sakit saya boleh diagnos dan ubat..

Anak sendiri pun tak nampak apa sakitnya

Kenapa.. kenapa.. kenapa…

Banyak nho kenapa dan guilt feeling yang datang

Anak orang lain saya boleh diagnos dan selamatkan .. anak sendiri terbiar

Saya hujan dan hujan dan hujan

.

.

Prof Kwan kata

You wouldnt notice.. Because it is double curve .. it kinda corrects the angulation

Not your fault

Not anybody’s fault

It is Idiopathic Scoliosis

Prof called me the next day

The curve are 55 and51 degree

Definitely for surgery

Or it will get worse

Increasing by 1 to 2 degree per year

Getting worse when Nina has her period as the growth spurt increases the bone growing

Failure rate 1%

Setakat ni .. tak ada yang dia buat yang failed lagi

Complications … blood loss .. infection .. banyak lagi

Literrally terduduk dengar

.

.

Brace tu harganya dalam seribu ke dua ribu ringgit

Operation .. dalam 30 ribu ringgit

Thank you Prof .. saya kata..

.

.

.

.

In receiving bad news

Ada beberapa fasa yang kita akan lalui

Mnemonicnya..

SABDA

Sadness

Argument

Bargaining

Denial

Acceptance

.

.

Saya fast forward

Saya skip bargaining .. denial ..

Tak ada apa dan siapa yang saya nak bargain ..

Dan benda ni tak boleh nak deny

Dah depan mata.

.

.

Saya need a shoulder

Saya SMS kawan Seberang Laut saya

Alhamdulillah ..

Dia kata dia ada kawan yang telah lalui benda yang sama

Dan Kawan Kawan saya tu .. ( wish I can meet you and hug you ) call saya

Poured out all my feeling to her

Rasa nak habis air mata saya malam tu

Dia kata

I know .. I’ve been there .. dan banyak lagi kata-kata semangat yang dia bagi

Yang penting … jangan nangis depan Nina .. dia kata.

That is hard

Memang sekarang rasa nak hujan je bila pandang muka Nina

She is too young and fragile to go through all this.

*Jap..nak kesat air mata jap … *

.

.

.

.

25 June 2012

Prof Kwan pesan

Ajar Nina swimming , especially back stroke

It will strengthen the back muscles

Malam ini start kelas swimming yang pertama

Uncle Adi datang rumah

Rumah saya 14 tingkat

Siap ada swimming pool lagi

Saya bertunggu tepi swimming pool

Derma darah ke nyamuk

Nina , walaupun tak pernah ada formal lesson sebelum ni .. dia boleh float .. berani rendam muka dalam air

Uncle Adi kata .. dalam 8 kali belajar .. dah boleh berenang sendiri Nina ni ..

Uncle Adi kata .. belikan dia google yang ada power .. comfortable sikit dia dalam air

Saya tak tau pun sebelum ni ada google yang ada power.. nanti saya google

.

.

.

.

Prof Kwan kata .. tunggu nanti PA dia akan bagi appointment untuk pakai brace

Saya tunggu dan tunggu

Saya call dan SMS

Nothing .. tak dapat

Saya restless

Saya cari second opinion

.

.

.

.

Esok Nina ada appointment dengan Mr Malik

di Damansara Specialist Hospital

.

.

Saya akan update nanti

.

.

.

.

29 Jun 2012

Spine surgery untuk adalah satu major surgeri

Boleh mengambil masa lima enam tujuh lapan jam

Belakang Nina akan dibedah

Akan dimasukkan rod dan skru titanium di kiri dan kanan tulang belakang Nina untuk menegakkan kembali tulang tulang belakang itu

Yang melengkung akan menjadi tegak

Bila saya cerita kepada Nina apa yang akan berlaku .. Soalan pertama dia tanya… Nina nanti jadik lebih tinggi ya!? … Lebih tinggi daripada Ain ( her rival ) nanti ek ?

Best ahhh !!!!

Sebak saya

.

.

Berjumpa Dr Malik hari ini

Belakang Nina dirasa.. Sikit je ni .. Dia kata

Pabila Cobbs Angle dikira

Terkejut dia

Besar jugak ni .. Over fifty degree both

Memang for surgery

Kami setkan November/Disember nanti

Major surgeri

Seminggu warded biasanya

Seminggu rehat di rumah

Insya Allah boleh sekolah macam biasa ditahun baru nanti

Cuma no-no angkat beg sekolah yang berat itu untuk banyak bulan. Takut nanti skru tu terkeluar

Complications .. Blood loss.. Paralysis.. Infection .. Amat jarang sekali tapi

20120629-154135.jpg

Tak payah pakai brace

Sebab cuma beberapa bulan je lagi

Degree nya terlalu besar , tak mendatangkan apa-apa pun kalau pakai brace tu

Bayangkan lah kalau pakai brace tu di sekolah belah petang di Malaysia ini!!

Melengas !!!

.

.

Ok Nina ? Nanti kena operate tau!!

Ok !! Dia kata

I’ ll be taller !!

Senyum saya

Senyum bior nampak macam suka.. Dalam hati… Macam macam rasa saya rasa

.

.

.

.

13 Oktober 2012

.

.

.

.

Appointment Nina dengan Mr Malik tadi

Ada empat lima enam XRay dia kena buat tadi

.

.

Para ‘ surgeon ‘ dipanggil dengan Mr , bukan Dr , biasanya

Kalau perempuan, ‘ Miss ‘

Saya pernah terpikir nak sambung belajar jadik Urologist .. Sebab tu bidang Surgical yang tak lah sesusah sangat macam bidang Surgical yang lain terutama Orthopaedic yang kena kuat dan kelentang kelentung kat Operation Theatre betulkan tulang

Saya pernah terpikir nak sambung belajar nak jadik Urologist sebab nak dipanggil Miss .

Sepanjang masa..

Bagus tak alasan saya ?!!  :)

.

.

Nina dah di bawa berjumpa Mr Malik , pembedahan untuk Scoliosis Nina akan dijalankan pada 20 November nanti

Kalau tunggu benda yang kita suka.. Lambaaaat je masa berlalu

Kalau benda yang kita tak suka.. Kejap je dah chakkkk!! depan mata nanti

Alahaiiii ….

.

.

Mr Malik juga pesan … sambil pandang BudakKecikMataBesar tu ..

Yang ni pun kena selalu check

Ada 1 in 100 chances dia boleh kena macam kakak dia..

Double alahaiiiiiii !!!

.

.

.

.

.

DAY ZERO : 19 NOVEMBER 2012

.

.

.

.

A big day for her

.

Keputusan UPSR hari ni

Masuk hospital hari ni

.

.

Doakan Nina ya kawan-kawan

Terima kasih

.

.

.

.

.

.

.

.

Saya cakap kat Nina … “do your best”

Sebelum Nina masuk Dewan Peperiksaan hari tu

Dia rajin belajar

Tapi dia tak se’bright’ AbangLong yang tak payah rajin belajar pun pelajaran senang serap dalam kepala AbangLong

Dia dapat nombor 36 dalam kelas yang ada 39 orang budak

Oleh yang demikian, bila dia dapat 4A dan 1B , saya terkejut dan berair mata saya

.

.

Bila baca suratkabar , terkejut dan sedih ada budak yang kata ‘rasa macam anak yang tak berguna ‘ bila tak dapat 5A…

.

.

.

.

Tajuk adalah nama operation Nina

Dah 4 jam dia dalam bilik bedah

.

.

DAY ONE : 20 NOVEMBER 2012

.

.

.

.

Nina dah selamat dibedah

Alhamdulillah..

Dah sedar, tapi masih di dalam ICU

Pembedahan mengambil masa 7 jam

Memasukkan rod dan skru di sepanjang di tepi kiri dan kanan tulang belakangnya dari tengkuk (T2) hingga ke pinggang (L5)

.

.

Saya selalu buat ‘antenatal check up ‘ untuk ibu-ibu mengandung di klinik

Bila saya cadangkan ambil epidural untuk hilangkan kesakitan semasa bersalin nanti ..ramai yang kata…

“Tak mau lahhh… ‘ orang kata…’ kalau ambik epidural… Nanti dah tua nanti, kena sakit belakang ”

Saya kata… ” memanglah sakit belakang! Sebab dah tua… Bukan sebab epidural tuu.. !!

.

.

Nina sedang ‘diepiduralkan’ untuk mengurangkan kesakitan selepas pembedahannya

.

.

.

DAY 3 : 22 NOVEMBER 2012

.

.

.

.

Nampak plaster kat belakang Nina tu … ?

.

.

Nina dah keluar dari ICU

Dah boleh makan

Dah boleh mula fisio

.

.

Doktor kata, Nina tak boleh bawa barang berat dan aktif dalam tiga bulan pertama selepas pembedahan

Termenung juga saya nak fikir macamana Nina di sekolah nanti

Tapi berita baiknya, Nina tak payah pakai ‘ brace ‘ pada badannya

Dulu, dengarnya selepas pembedahan, Nina kena pakai ‘ brace ‘ untuk 6 bulan

( KakNgah, Doktor Nina kata, besi tu tak payah dikeluarkan, walaupun tulang belakang Nina dah tegak , selepas beberapa lama, selepas besi tu dah menjalankan tugasnya… Kita biarkan aje besi tu kat situ. Doktor Nina kata, kalau nak keluarkan pun boleh, tapi kenalah operate lagi…)

.

.

Sebelum cuti sekolah hari tu, Nina dan semua budak Tahun 6 ada ‘ class trip ‘ ke Perak. Mereka pergi ke Lost World of Tambun, Gua Tempurung dan banyak lagi tempat

Ada mak kawan Nina ,yang jugak pesakit saya kata pada saya..

” Doktor bagi eh anak Doktor pergi trip-trip gitu… Saya tak bagi.. Saya takut apa-apa jadik…”

Saya kata … Semua class trip saya bagi pergi, kalau class camp lagi saya bagi pergi.. Semua tu jadik pengalaman dia nanti. Kenangan dengan kawan-kawan. Belajar tak kat sekolah aja,life pun bukan kat sekolah aja. Kalau dah ditakdirkan, depan kita pun dia orang boleh jatuh tergolek patah kaki tangan.

.

.

Kannnn…

.

.

.

DAY 5 : 24 NOVEMBER 2012

.

.

.

.

Nina dah boleh balik esok!!!

Alhamdulillah..

.

.

Dah boleh jalan sendiri

Dah tak sakit

The Cool Dr Malik, Orthopaedic Surgeon ,
yang merawat Nina di KPJ Damansara Specialist Hospital is the best!!

Cool .. sebab bila kami tanya ..Ada komplikasi tak..?

Cool je dia jawab.. Tak de.. Tak de..

Dan bila kami tanya kena pakai ‘brace’ tak lepas operate..?

Tak payah !!! Dah ada dua rod .. Tak payah pakai ‘ brace ‘

.

Pakar Orthopedik yang dulu kata …

Ada 1% komplikasi .. blood loss..infection.. failure ..paralysis..

Tu yang seriau..

Dan kena pakai ‘ brace ‘ untuk 6 bulan lepas operate..

.

.

The news that Nina have been waiting..

Nina is 6 cm taller than before!!

.

.

.

.

12-12-12

.

.

.

.

20121212-102820.

.

.

Still 6 cm off the center

Jalan still senget sikit

Kena buat pembedahan sekali lagi

Minggu depan ..

.

.

Berdebup rasa jantung saya jatuh ke lantai bila dengar

Speechless

Kesiannya Nina….

.

.

.

.

17 Disember 2012

.

.

.

.

Daripada Kawan saya …

2 RODS 15 SCREWS AND 2 WEEKS LATER …. « Saya Dan Kamera Saya.

.

.

.

.

* mata saya masuk habuk *

.

.

18 Disember 2012

.

.

.

.

7:50 am

Dah masuk Bilik Pembedahan

20121218-075954

.

.

Mata saya tak masuk habuk

Saya dah kuat

Sebab dia kuat

.

.

.

.

20 Disember 2012

.

.

.

.

Pagi ini..

Telur dan roti dan jus buah-buahan

20121220-082140

.

.

Dia tak teruja nak pilih set makanan dari menu yang tersedia

Saya yang lebih teruja

Sebab saya yang tukang perabis makanan dia

.

.

Nina dah kurang sakit akibat pembedahannya

Dah boleh balik esok

Alhamdulillah

.

.

.

.

16 Januari 2013

.

.

.

.

No more pain ..

20130116-073223

.

.

Memang tak ada sakit sangat pun selepas pembedahan hari tu.

Dr Malik tanya .. Nak MC tak .. Seminggu dua ke…?

Nina tak nak .. Nak jugak pergi sekolah..

Takut nanti ketinggalan ..

Kelas Nina tingkat 3 .

Kesian Nina..

Buku Teks tak dapat nak pinjam lagi satu set untuk tinggalkan kat sekolah. Tak cukup..

Maka saya fotostetkan semua Buku Teks dia untuk yang nak gunakan kat rumah.

Satu set yang asli tinggalkan di meja Guru Tingkatan Nina untuk digunakan masa waktu persekolahan.

.

.

.

.

25 April 2013

.

.

.

.

.

.

Jumpa pasal Perak Man ni di Muzium Negara…

Perak Man ni pun ada Scoliosis !!!!

IMG_1831.

.

.

Dak Nina ketawa sampai sakit perut bila baca!

Mereka senasib

Dipisahkan ribuan tahun tapi!

.

.

.

.