TERENGGANU : TAMAN TAMADUN ISLAM : MUZIUM NEGERI

.

.

.

.

Hari berikutnya..

Kami ke Taman Tamadun Islam, di Pulau Wan Man

Ada 23 buah monument Islam yang hebat , memaparkan zaman kebangkitan Islam sebagai agama global lagi sofiskated [ memetik kata-kata dalam paspot Taman tamadun Islam]

Kami ambik pakej Keluarga + Buggy

Kenapa …

Kerana ada BudakLast yang pastinya tak larat berjalan jauh

Dan kaum keluarga yang lain yang agak tak mahu berjalan ditengah panas

Tak lah jauh sangat.. dalam 800 meter keliling monumen

Tapi kalau dikira berenti sana-sini .. ketik gambar sana-sini .. jauh lah jugak …

Kalau ambil pakej ni … driver tram tu akan berhenti pada tiap monument dan bercerita

Sesiapa yang nak turun bergambar pun boleh…

.

.

Kalau tak mo…

Boleh ambik yang ni…

.

.

.

Kami sewa buggy yang RM 55 sejam tu..

.

.

.

.

.

.

Sekarang ni .. BudakLast ni pesen kalau bergambar mesti nak buat gaya gini

Konon-kononnya Otromen Mebius Bies

.

.

.

Been there

Done that

Masjid Besar Xian

.

.

.

Masjid Al-Manar, di Kudus, Jawa Tengah

Menaranya ada ciri-ciri candi Hindu

.

.

.

Masjid Pattani

Ada macam,macam Taj Mahal.. katanya…

.

.

.

Itu adalah tramnya

Ada dua gerabak

RM 5 seorang

.

.

.

Been here

Done that

Taj Mahal, Agra

Kat sini, boleh masuk dalam kat bawah tu.. ada tayangan video

Dan boleh naik atas..

.

.

.

TTI Water Wheel

Dibina berdasarkan teori Al-Jazari, seorang pakar mekanikal pada zaman keagungan Islam

.

.

.

.

.

.

Kubbah Al-Sakhrah, di Baitul Muqqaddis

Menyemadikan batu tergantung yang diceritakan ingin mengikut Nabi Muhammad s.a.w semasa peristiwa Isra’ Mi’raj

Ada tayangan video dan replika batunya kat dalam kubah itu

.

.

.

.

.

.

Menara Berpusing di Masjid Samarra, Iraq, bandar tertua di dunia

.

.

.

Masjid terbesar di dunia

.

.

.

Di sini ada tayangan video pasal pembinaan Masjidil Haram ini

.

.

.

Masjid Suleyman, Turkey

Macam Masjid Biru di Turki

Dalam masjid ada sekolah perubatan, infimari, kedai, penjara, tempat simpan senjata

.

.

.

.

.

.

Masjid Nabawi

.

.

.

Gambar dari atas jambatan kayu peninjau

.

.

.

Peninjau dijaga oleh…

.

.

.

Menara setinggi 42 meter

Mengikut katanya…

Kalau ada pesalah .. akan dihumban ke bawah dari atas

Gerenti tamat… 42 meter tuuu

Menara Kalyan, Uzbekistan

.

.

.

Masjid Agadez, di Niger

Diperbuat daripada tanah

Muazzin akan panjat menara tu guna palang-palang kayu tu..

Sampai atas , untuk azan .. kata driver buggy kami tu lah…

Masih ada lagi masjid ni…

.

.

.

Masjid Kul Sharif di Kazan, Russia

Pernah musnah, tapi telah dibina semula

.

.

.

.

.

.

Hujung Pulau Wan Man ni..

Terletaknya Masjid Kristal…

Saya tak masuk tapi.

.

.

.

Esoknya..

Kami ke Muzium Negeri Terengganu

Muzium terbesar di Malaysia

Tempat tersimpannya Batu Bersurat Terengganu

Oleh kerana dalam Muziun tak boleh ambik gambar …

Ini aje lah gambar yang saya nak letak

.

Setiap kembara AnakAbdul.. pasti kami akan pergi ke Muzuim negeri tersebut

Pada saya..

Muzium yang ter’best’ setakat ini ialah Muzium Perak, Muzium Pulau Pinanag dan Muzium Long Jaafar

Yang ni..

Secara jujurnya..

Tak best

Bak kata EncikAbdul.. ‘ tak ada bau muzium’

Bak kata AbangLong.. ‘ muzium yang paling boring’

Bak kata BudakRock.. ‘ muzium paling panas.. tak de aircond’

Bak kata saya.. ‘Batu Bersurat tu je yang best ‘

.

.

.

Muara sungai dari Tingkat 7 Pasar Payang

Kawan Instagram saya .. CikAwe [ baca: ‘our’ ] tanya..

Beli apa kat sana..

Saya kata kat dia .. Baju I *heart* Terengganu

hehehehe… dah agak dahhhhh… CikAwe kata!

.

.

.

Masjid Terapung Kuala Ibai

Nama rasminya…Masjid Tengku Tengah Zaharah

.

.

.

.

.

Advertisements