KEMBARA KOTA JOHOR LAMA : TIGA MAKAM
.
.
.
.
Sebenarnya
Tujuan utama saya ajak semua orang kembara ke Kota Tinggi adalah untuk menyusuri sejarah lama Johor
Banyak kesan sejarah yang ada di Kota Tinggi
Maka ..
Saya ajak mereka kembara ke sana
Saya siapkan segala bagai peta dan plan perjalanan
.
.
Mula-mula
Kami ke makan belangkas
Setelah kenyang ..
Kami cari Kampung Makam..
.
.
.
Mula-mula
Jumpa Makam Tun Habab
Atau juga ada yang panggil Tun Habib
Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habab Padang Saujana
Bendahara semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah I
.
.
.
Menurut papan tanda Tourism Malaysia ini
Tub Habab menjadi Sultan Johor apabila Sultan Mahmud [ Mangkat Di Julang ] mangkat dan tidak meninggalkan waris
Tetapi ..
Mengikut pembacaan saya , ada yang mengatakan anakanda Tun Habab , Abdul Jalil yang menjadi Bendahara Johor pada masa itu
Dan pabila Sultan Mahmud mangkat , Bendahara Abdul Jalil yang ditabalkan menjadi Sultan
Membawa gelaran Sultan Abdul Jalil IV
.
.
.
Kompleks Makam Tun Habab ni terletak di Kampung Makam
Senang je nak cari
Ada papan tanda
.
.
.
Terdapat juga kuburan kerabat Tun Habab di dalam makam tersebut
.
.
.
Hampir semuanya berbatu nesan Acheh
CikGb dan BudakRock di dalam Kompleks Makam
.
.
.
Saya cuba baca
Tapi tak berjaya
.
.
.
Batu Aceh ialah sejenis batu nisan, berasal dari Aceh, Sumatera Utara. Batu-batu nisan ini telah diukir oleh orang-orang Melayu Aceh sejak abad ke 15 hingga 19 Masehi dan tersebar luas hampir ke seluruh Nusantara. Digunakan oleh raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu pada zaman itu.
[ Dari laman Web Muzium Negara ]
.
.
.
Keturunan Bendahara Tun Habab ini lah memperluaskan kuasa Empayar Johor Lama ke Terengganu dan Pahang
Anakanda Tun Habab , Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu yang pertama
Seorang lagi anakandanya , Tun Abas pula menjadi Bendahara Seri Maharaja Pahang , keturunannya menjadi Sultan Pahang hingga ke hari ini
Di Johor , seorang puterinya , Tunku Tengah pula berkahwin dengan Daeng Perani , salah seorang dari anak Raja Bugis Lima Bersaudara yang mashur , keturunannya Sultan Johor sekarang.
.
.
.
Peneman saya berjalan kali ini
BudakRock
Penggemar sejarah juga , macam saya..
.
.
.
Seterusnya ..
Kami meneruskan pencarian
Mencari Makam berikutnya ..
.
.
.
Makam Sultan Mahmud Mangkat DiJulang
.
.
.
Juga di Kampung Makam
Dalam perkarangan Masjid Al-Hadi, Kampung Makam
.
.
.
Dekat dengan tebing Sungai Johor
Masa banjir besar 2006 , rasanya tenggelam masjid ni kan..?
.
.
.
Terdapat juga perkuburan lama dan baru di persekitaran Makam
.
.
.
Apa-apa hal ..
Boleh hubungi Pengaji Makam
.
.
.
Ada 15 makam di dalam Kompleks ini
Makam Sultan Mahmud adalah yang terbesar
.
.
.
Dak Iyra di kejauhan …
.
.
.
Boleh baca Jawi ?
.
Saya banyak membaca
Sebelum dan selepas melawat daersh ini
Ada beberapa cerita yang menarik.. Mengapa Sultan Mahmud tiada meninggalkan waris..
Tak mahu lah saya menceritakannya di sini
Rajin-rajin mencari nya kalau nak tahu..
.
.
.
Tak ada sesiapa yang menabur bunga
Kerana ada yang melarang
.
.
.
Saya tau
Ada Makam Kucing Bertanduk di kat luar sana
Lupa tapi nak cari masa tu
Sampai ke Makam Laksamana Bentan baru teringat pasa ltu.
Kucing Bertanduk kepunyaan Baginda Sultan Mahmud
Yang mati seminggu sebelum kemangkatan Baginda
Yang boleh meramal kedatangan musuh
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dalam blog saya memang jarang ada muka saya
Ada muka kawan-kawan saya banyak…
.
.
.
.
.
.
Seterusnya ..
Kami ke Kampung Kelantan
Di tebing Sungai Johor
Lalu Kampung Sungai Kemang
.
.
.
.
Ramai pemancing ..
Banjir besar 2006 di Kota Tinggi adalah sebab kenaikan air di Sungai Johor ni lah..
.
.
.
.
.
.
Laksamana Megat Seri Rama
Isterinya Dang Anum
Pahlawan terbilang dan berani menentang lanun-lanun pada masa itu
.
.
.
‘ Dipercayai’
Sebab ada yang mengatakan Laksamana Bentan tidak mati pada masa itu
Dia cedera dan membawa diri balik ke Bentan
Tujuh keturunan Bentan tidak boleh memijakkan kaki ke Kota Tinggi ini akibat sumpahan Sultan
Dengar-dengarnya ..
Ada yang muntah .. ada yang betul-betul muntah darah!
Kuasa Allah ..
.
.
.
.
.
.
Ada dua kuburan kat dalam tu
Dipercayai milik Laksamana Bentan dan Dang Anum
.
.
.
.
.
.
.
Yang kat luar ni dipercayai kuburan anak mereka
Masa kecik-kecik .. bila baca tentang Sultan Mahmud Mangkat DiJulang ni … saya amat percaya yang masa perut Dang Anum tu dibelah..
Nampak bayi tu tengah pegang dan makan nangka tu!!
Kesian sangat …
.
.
.
Panas melengas dah pada masa ni!
.
.
.
Susunan batu-batu ini adalah dipercayai dari sebuah kubu pertahanan Johor lama
.
.
.
.
Ada sebuah rumah kat depan makam tu
Ada satu kubur lama berbatu nisan sungai depan rumah tu.
Mengikut apa yang saya baca
Amat banyak ditemui batu-batu nisan lama di kiri kana tebing Sungai Johor ini
.
.
.
Ok
Habis cerita tentang Tiga Makam
Yang bersangkutan antara satu sama lain..
Nanti sambung cerita lain..
.
.
.
.
Salam doc,
saya pun pernah terbaca (dah tak ingat sumber tapi bukan dari buku sejarah)
bahawa Abdul Jalil ialah anakanda Tun Habib yang kemudiannya
menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil ke-IV)
Salam doc
Baru tau kewujudan sultan mahmud tu
Biasanya cuma dgr cerita je
Mmg akak pun Dulu …..waktu kecik2 ..berfikiran Betul2 le Kena belah perut
Pastu baby tu Kat mulut baby tu ada nangka….Hahahaha
Maksud akak kewujudan makam sultan mahmud
ouh..
saya rasa macam baca buku sejarah je hari ini..
hehehehe..
gambo kawan2 tuh sebab kawan2 tuh suka suruh akak depa amek gambo byk2..
ngeeeeee~tq sis
sayang akak.. hehehe~
Salam.
Memang terbaik, mama memang minat sgt sejarah tapi kurang berpeluang jln2. Dulu2 ada ke sini, suasana pun dh berubah, mama teringat kembali kucing bertanduk tu.
Dua anak mama dah tgk kubur2 yg byk tu. Nabil menyusuri sungai tu bersama groupnya.
Sekali sekala pergi melawat tempat bersejarah, lain dari yang lain. Memang best. Apalagi kalu ada geng sekepala (yang mesti ada kamera besar). Saya minat tempat sejarah dan alam semulajadi (cuma kamera tak besar mana la). Lama tak pegi Johor!
bestnye dpt baca sejarah bergambar pagi ni..
tetibe rasa banyakkkkknye benda best kt johor ni yang tau setakat baca buku sejarah jer..
dah besor sgt budakrock..die ade kamera sndr tak?heheh =)
Menyusuri Sejarah yang kebanyakan anak muda sekarang ketepikan sebab itu ramai yang lupa diri.
kalau saya ambil sejarah waktu sekarang kan… rujukannya blog akak…. (jujur tak..?!)
ermmm…. kan best kalau kita dapat CD dokumentari yang kat muzium kota lama tuuu….
bestnya mengkaji sejarah
saya? sejarah melaka pon kelam kelibut hehehe
sy pening sejarah.. bila baca je, dengan nama sultan y hampir sama dan berulang, ditabal dengan nama lain, lagi sy pening! sebab tu kot sy dilahirkan untuk jadi orang penang.
tapi sy suka jalan2… dan sy x pernah tau pasal kucing bertanduk tu. ingatkan hanya wujud dalam pepatah saja ‘… sampai kucing bertanduk..’
Di mana ada sungai,di situ mesti ada kaki pancing kan? ( rujuk gambar Sg Johor tu) 😛
Seriously, u have made learning History, fun!
Saya akan guna blog ni bila nak kembara ke KT…nak try belangkas…hahahahaha..
A wonderful lesson in history.
Kaya sejarah negara kita ni.
Thanks for sharing doc.
I do admire your relentless pursuit [and thirst] for history 🙂
yg muntah darah tu betul..
abah saya citer…
salam pernah dengar ceta pasal siti aminah tk atau di kenal sebagai siti jalang saya nk tahu ceta nye
pernah baca gitu-gitu je..
cik siti jalang
berkahwin 99 kali
kesemua suami mati pada malan pertama kecuali yang ke-100
Cerita laksamana megat sri rama tu macam tak berapa betul . Iaitu adkah selepas tikam sultan dia tak pergi dari johor sehingga dia meninggal ?
2 ) isteri laksamana meninggal dunia, dari mana pula datg keturunan beliau sehingga ada yg muntah darah pada zaman ini ?
Mungkin ada yg hamba tak faham di sini.
Sejarah melayu dan tanah melayu mesti di pertahankan dan dikekalkan oleh org melayu sampai kiamat sebab kalu dapt kat bangsa asing yg gila harta, dia akan pindah-pindahkan kubur dan bina komersial seperti bandar baru, condo dan lain2 . Akibatnya hilang sejarah melayu dan tanah melayu dan org melayu terpaksa pindah dari tanah sendiri .
Terdapat beberapa kelompok bangsa asing yg bangsat. Salah satunya telah mati baru baru ini.
cuma memberi informasi ,coba cari silsilah tgk syik di pasi tuan syarif burhanuddin bin syaich abussalam kembang tanjong aceh pidie,ttg silsilah tun habib abdul majid,cucu syarif burhanuddin yang bernama tuan syarifb abdul hamid hamid panglima sri maharaja pidie bin tuan syarif abdullah mentri singaraja 1 bin tuan syarif burhanuddin pernah diangkat dlm zaman sultan iskandar muda menjadi raja muda johor ,salah satu putra nya teuku panglima po suma abbas tu pan lahir di johor ,dan ada banyak saudaranya yang lain.di aceh di sebut hulu balang empat,mudah mudahan keturunan tun habib abdul majid dapat menemukan saudaranya di aceh ,jlr penelusuran melalui tehnik batu nisan insya allah sama dengan batu nisan keturunan syarif burhanuddin bin syach abdussalam di pasi,bisa ke kenbang tanjong,ie leubeu ,kee bluek atau ke busu beurunun.disamping makam habib alkaf juga ada makam keturunan syarif burhanuddin,,,,karena gelar datok dan syarif dan teuku dan cut aja di aceh hanya di pakai dari ketrunan syarif burhanuddin yg tdk menjabat sultan,sholawat
Saye suke sejarah, saye tanye dgn yg tahu tentang sultan mahmud, memang mirip dgn crite ini. Best betol lh.
ASSALAM…pada tahun 2006 ketika tu kota tinggi dilanda banjr besar dan yg paling buruk sekali..masjid yg penulis tunjukkn di atas bersebelahan makam sultan mahmud mangkat dijulang..tidak dinaiki air langsung..ketika itu sy menyewa rumah di hadapan masjid berkenaan..air banjir langsung tidak mencecah masjid tu…ia seakan2 pulau..dikelilingi air…ini ada lah fakta…bukan auta..kami yg menyewa dan duduk berhampiran di masjid ini terselamat dr banjir cume terputus bekalan makanan sahaja..sekian
Atuk saya adalah keturunan yg ke 7 yg last.Masa arwah atuk hidup xpernah jejakkan lansung kaki dekat kota tinggi disebabkan sumpahan tu.Dijadikan cerita ada org xpercaya katakan pda arwah atuk saya ni sombong sebab xnk dtg ke kota tinggi.jadinya arwah atuk pksa gak diri pergi ke kota tinggi.masa dalam perjalanan atuk saya muntah darah tak berhenti-henti.Sumpahan tu memang wujud.