DUIT DAN HIDUP BIARLAH BERKAT…

.

.

.

.

Pernah dengar tentang injection Vit C ?

untuk kecantikan ..

untuk gebukan kulit ..

untuk pudarkan parut ..

.

.

Pernah dengar injection Collagen ?

untuk kecantikan..

untuk tegangkan kulit..

untuk tegangkan dada

.

.

Pernah dengar injection Gluthatione ?

untuk kecantikan

untuk putihkan kulit

.

.

Pernah dengar jugak tak ?

Injection L-Carnithine

katanya untuk kuruskan badan

.

Injection Placenta [ ntah placenta mamalia apa saya tak tau ! ]

Untuk tegangkan, putihkan segala bagai

.

Injection Tranexamic Acid

Untuk putih gebukan kulit

.

.

Injection-injection ini tidaklah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk kecantikan

.

.

Pernah dengar cerita ini ?

Ada seorang pesakit saya ..

Mak dia ada kanser payu dara

Tahap 4

Dah dibawa balik ke rumah untuk TLC

Tender Loving Care

Untuk kualiti hidup yang lebih bermakna di akhir hayat beliau

Ada lah ahli keluarga nya yang cari Doktor merawat mak mereka di rumah

Doktor dari klinik biasa

Bukan dari Hospital atau Klinik Onkologi ya ..

Doktor tu datang setiap minggu

Check kesihatan Arwah

Bagi 2 injection setiap kali datang ..

1. Satu injection … Untuk matikan sel kanser !!!

2. Satu injection Vit C dan Gluthatione !!! ‘ untuk kesihatan.. kata Doktor tu…’

.

.

Sekali injection ntuk tiap-tiap minggu selama 3 bulan

Hingga akhir hayat Arwah

Ntah berapa ringgit dia caj sekali injection saya tak pasti lah pulak…

.

.

Yang pasti…

Mana ada injection untuk matikan sel-sel kanser kat klinik-klinik macam klinik kami ini.. !!

Apa fungsi injection Vit C dan Gluthatione untuk seorang yang di hujung hayat nya …??!

.

.

Yang pasti

Menurut anak Arwah

[ Yang datang bertanya pasal injection tersebut sepeninggalan Arwah .. ]

‘ Patutlah kulit Arwah mak nampak tegang .. halus .. dan gebu sebelum dia meninggal tu..’

‘ Rambut Arwah pun kat pangkal-pangkal yang beruban tu .. dah jadik hitam ! ‘

.

.

IMG_0354.

.

.

Malu saya dengar ada Doktor yang menipu sebegini!!!

Dan marah.

.

.

.

.

.