PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN : KUALA GANDAH

.

.

.

.

Dari Janda Baik

Kami nak mencari Sang Gajah pula

IMG_5027.

.

Kami masuk kembali ke lebuhraya

Menghala ke Kuantan

Selepas Tol Karak

Terus hingga ke Exit Lanchang

Ikut sahaja papan tanda selepas itu…

Kami ke …

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

IMG_4931.

.

Ingat waktu melawat ini ya kalau nak ke sini

Sebab ia nya di buka agak lewat tengahari

IMG_4932.

.

Pusat Konservasi Gajah ini ialah uktuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang terancam habitatnya

Ditangkap dan dipindahkan ke kawasan-kawasan perlindungan

Dengan pertolongan gajah-gajah denak di pusat ini

IMG_4933.

.

Panas berdenting

Tak lah jauh sangat nak masuk ke sana dari parkir

IMG_4934.

.

Pastikan sampai sini dalam pukul 1:30 ke 2:00 petang

Daftar diri dulu di Pejabat

[ Kami tak .. menonong terus masuk dalam ]

Dalam pukul 1 lebih tu nanti ada tayangan video tentang proses menyelamatkan gajah-gajah liar

IMG_4935.

.

Dalam pukul 2 lebih .. gajah-gajah denak ini akan beratur untuk mandi-manda di sungai bersebelahan

IMG_4938.

.

Berdedai-dedai nak pergi mandi

Dulu-dulu boleh mandi-manda bersama gajah-gajah ni

Sekarang dah tak boleh lagi

IMG_4939.

.

Penjaga , gembala gajah juga dipanggil ‘ mahout’

Berasal daripada perkataan Sanskrit

IMG_4940.

.

Saya tak ambik gambar gajah-gajah tu mandi

Saya sibuk melayan budak-budak ni yang nak bagi anak-anak gajah yang belakang tiang-tiang kurungan ni makan

IMG_4947.

.

Muda-muda belia lagi gajah-gajah yang ni..

IMG_4948.

.

Boleh beli tebu-tebu yang dah siap dipotong tu kat situ

Satu ikat RM3

Berikat-ikat kami beli sebab nak melayan gajah-gajah ni makan

IMG_4949.

.

Hujung belalai tu ada ‘ finger like projection’

Yang boleh mengutip

Kalau bagi kacang macam kacang yang chop tangan tu.. nanti dia slurpppppp sedut satu-satu

IMG_4955.

.

Suka gambar yang ni!

IMG_4956.

.

Kalau bagi tebu tu ..

Dia akan kutip dengan hujung belalai

Atau ambik tebu tu dengan menggulung hujung belalai tu

IMG_4960.

.

Lepas mandi manda..

Mereka ada persembahan pulak..

IMG_4977.

.

.

IMG_4982.

.

.

IMG_4984.

.

Yang ni namanya Teh

Tengah melambai kat penonton

Siap macam senyum lagi!!

IMG_4993.

.

Yang ni namanya Abon

IMG_5002.

.

Yang ni tak ingat nama

Tengah angkat kaki

Diajar untuk angkat kaki gitu supaya kalau tercedera senang nak bagi rawatan

IMG_5005.

.

.

IMG_5006.

.

Throw big and small water masa tengah-tengah persembahan!

IMG_5010.

.

Cara mahout menaiki gajahnya

IMG_5019.

.

Gajah dan gembalanya..

IMG_5030.

.

Kasturi rasanya nama yang ni

Atau mungkin Rambai..

Tengah menunjukkan cara gajah nak tidur

IMG_5033.

.

Gajah boleh tidur dalam keadaan berdiri mahupun duduk

IMG_5035.

.

Gedebush baring!!

IMG_5038.

.

Dan cara nak bangun dari baring tadi…

IMG_5039.

.

Habis persembahan..

Boleh ramai-ramai bagi gajah-gajah tu makan!!

Makan betik!

IMG_5059.

.

Akhirnya…

Lammaaaaaaa…

Lamaaaa baru boleh pujuk si BudakLast bagi makan tebu kat gajah tu!

IMG_5079.

.

Akhirnya dia berani !

Saya ..?

Saya berani !!

Saya siap salam-salam belalai gajah tu lagi!!

IMG_5088.

.

.

IMG_5114.

.

Sayang kepayang tumbuh di batu,
Buluh hutan dibelah-belah;
Kasih dan sayang boleh ditentu,
Jodoh pertemuan di tangan Allah.

IMG_5120.

.

Akhirnya sampai jgak kami ke Kuala Gandah ni..

Best!!

Gajah adalah comel!

[ Katak pun !! ]

.

.

Kalau yang lagi adventurous ..

Sebelum sampai ke Kuala Gandah ni..

Ada Perkampungan Orang Asli Che’ Wong

Satu-satunya penempatan Orang Asli Che’ Wong di Malaysia ini

Ada artikel menarik mengenai masyarakat Che Wong itu di sini..

Saya pernah terjumpa pasal Orang Asli Che Wong tu masa di Perkampungan Mah Meri di Pulau Carey hari tu..

img_2868

.

.

.

.