SAUJANA JANDA BAIK : JANDA BAIK : PAHANG

.

.

.

.

Dah lama tak bercuti, berjalan penuh sekapal

Kali ini lah..

Kami ke Saujana Janda Baik Homestay

Semua teruja

.

.

Kenapa nama ‘ Janda Baik ‘ ?

Mengikut apa yang saya baca …

Kampung ini diasaskan oleh Haji Deris ,Haji Kadir , Haji Yassir dari Bentong

Yang mencari penempatan baru setelah banjir besar 1926

Ingin dinamakan sebagai Kampung Tiga Haji

Tidak mendapat perkenan Sultan Pahang

Akhirnya, dicerita kepada baginda bahawa kawasan itu sebenarnya didiami Orang Asli

Pada satu ketika Tok Batin Orang Asli , Batin Wok bertengkar dengan isterinya, Siah

Dan berpisah..

Tidak sampai satu bulan berpisah, mereka berdamai …kembali hidup bersama

Berdasarkan kisah itu, Orang Asli di sana menggelar tanah berkenaan sebagai `Janda Balik’ merujuk kepada Siah yang balik semula ke pangkuan Batin Wok.

Baginda yang tertarik dengan kisah itu dan kemudiannya menukar nama Tiga Haji kepada Janda Baik.

.

.

Ini di sempang nak masuk ke Saujana Janda Baik tu..

IMG_4554.

.

.

Banyak sebenarnya homestay kat sini

Kena rajin-rajin cari

Kena tanya-tanya..

Takut karang ada lak yang sungainya jauh dari rumah..

Try aaahhh tanya Pak Lah tu…

IMG_4558

.

.

Le Manah tu ..

Besor rumahnya..

Banglo… Boleh gak kalau nak sewa bilik

Saufiville tu.. Rasanya tak ada sungai mengalir tepi rumah macam Saujana ni..

IMG_4557.

.

.

Langit sesangat biru

Aman damai kat sini

Banyak burung berkicau

Sampaikan BudakLast kata ” bising sangatlah burung kat sini !! ”

IMG_4568,

.

Sambung cerita pasal asal usul nama Janda Baik.

Ketika perang saudara di Selangor , Selangor meminta bantuan Pahang .. Maka Pahang menghantar bantuan

Ramai juga rakyat Pahang yang tercedera dan berpatah balik ke Pahang

Ketika melalui kawasan Temerloh , mereka bertemu seorang janda yang menawarkan untuk merawat mereka dan menawarkan perlindungan

Maka , bila ditanya dimana kah mereka mendapat rawatan dan perlindungan, mereka mengatakan di satu kampung yang didiami oleh seorang janda yang amat baik

Maka .. terbitlah nama Kampung Janda Baik

.

.

IMG_4570.

.

.

Perkarangan rumah inap desa Saujana itu

Boleh muat banyak-banyak kereta

Boleh buat aktiviti Hari Keluarga

IMG_4574.

.

.

Kami tinggal di Pondok Meranti

Boleh muat 10 orang

Konsep terbuka

Tiada bilik

Ada katil king satu, ada katil dua tingkat satu

Ada banyak-banyak tilam

Ada esboks

Ada ketuhar gelombang mikro

Ada cerek letrik

Ada Astro

IMG_4526.

.

.

Memandang ke sungai dari Pondok Meranti

IMG_4581.

.

.

Sungai Chemperoh betul-betul mengalir sebelah pondok

IMG_4531.

.

.

Sejukkkkkkkk !!!!!!

Sangat!!

Grrrrrrrrrrrrr !!

IMG_4546.

.

.

Siap bawak segala ND filter segala bagai untuk buat slow shutter gini…

IMG_4548.

.

.

Pagi-pagi ada wake up call dari dia!

Ada budak-budak bandar saya ni yang tak pernah nengok angsa kecuali dalam i-pad dalam Upin Ipin!

IMG_4686.

.

.

Itu Pondok Chemperoh

Boleh muat 20 orang

Ada tree house !

Semua teruja nak panjat naik dan tidor malam karang atas tree house!!

IMG_4692

.

.

BudakLast yang ‘ geli ‘ nak turun dalam sungai sebab ada pasir !!!!

Sanggup main pistol air atas darat je

.IMG_4591.

.

.

Apa AbangLong buat..?

IMG_4590.

.

.

Semua tengah tunggu ikan-ikan kecik datang gigit-gigit kulit kaki !

Geliii !!

IMG_4592

.

.

Kami mudik ke hulu ….

IMG_4745.

.

.

Dan biarkan pelampung hanyut ke hilir…

Berpuluh-puluh kali!!

Best !!

IMG_4756.

.

.

Boleh juga sewa pelampung dari Pak Ramaly, penjaga Saujana Janda Baik ini

Boleh juga nak order makanan dari Pak Ramaly

IMG_4739.

.

.

Si Budak Kecik ni pun berani ke hulu -hilir sungai sorang sorang

Selamat sungai ni

Tak dalam

IMG_4795.

.

.

Sampai biru-biru bibir berendam!!

IMG_4912.

.

.

Ini nama dia Misya!

IMG_4913.

.

.

Kalau nak datang sini..

Beli pelampung banyak-banyak!

IMG_4610.

.

.

Beli pistol air sorang satu

Tak gaduh-gaduh berebut pistol

IMG_4775.

.

.

Saya lah yang kena serang tu!!

IMG_4778.

.

.

Ada banyak pokok buah-buahan keliling kawasan ni

Kalau musim derian ke, betik ke .. boleh aje cari dan makan

IMG_4688.

.

Ada tempat BBQ

Kena bawak segala bagai barang dan bahan tapi

IMG_4784.

.

.

Janda merana di Janda Baik

IMG_4893.

.

.

Kenal tak pokok apa ni?

Ini pokok kesidang

Wangiii sangat!!

IMG_4887.

.

.

Ada Astro

Tapi kalau nak bawak kad Astro sendiri pun bolehh..

Kami lupa

Maka tak dapat nengok race kat Monaco!!!!

IMG_4826.

.

.

Catcibor

Pepatung

Sibor-sibor

Dah macam helikopter lak angle gini!

IMG_4855.

.

.

IMG_4858.

.

Ada yang merah

Biru, biru kundang , oren , cekelat

Pakkal tak ada lensa makro!

IMG_4898.

.

.

Kami tangkap ikan

Dapat baaanyakkkkk!!

IMG_4667.

.

.

Ni ha!!!!!

IMG_4823.

.

.

Senang je nak ke sini sebenarnya

Exit RNR Genting Sempah

Ikut sign board berlogo UMNO

UMNO/ILMU

Pasti tak sesat

IMG_4925.

.

.

Seriously..

Best Saujana Janda Baik ni !!

Tau tempat ni dari Dak sudipVSsenduk

Tenkiuu yuuu..

.

.

Lupaaa…

Malam adalah sangat sejukkkk kat sini!!!

Semua bergulung dalam selimut!!

Ada dalam 20-22 darjah Celcius rasanya…

Atau mungkin lebih rendah ..

Dan dah alang-alang jauh dari kota.. ingat nak lah buat star trail hapakebenda tu..

Hampeh…

Mendung…

.

.

.

.

.

.