KUALA LUMPUR : RUMAH PENGHULU DI TENGAH KOTA

.

.

.

.

Itu hari..

Saya rojer-rojer kawan saya …

Nak pergi sini tak ..?

IMG_2215.

.

.

Kawan saya .. [ siapa lagi .. CikPuanLawa lah .. ] kata Jommm….

IMG_2203.

.

.

Kami ke No2 Jalan Stonor ..

Ya..

Di tengah kota Kuala Lumpur ..

Di sebelah bangunan kolonial ini ..

IMG_2207.

.

Kami jumpa rumah lama ini

Rumah Penghulu Abu Seman

Rumah ini asalnya berada di  Kampung Sungai Kechil,  Mukim Bagan Samak, Bandar Baharu, Kedah.

IMG_2270.

.

.

Mula dibina pada 1919

Penghulu Abu Seman bin Nayan mula membina rumah ini yang kemudiannya diwarisi oleh anaknya , Penghulu Ibrahim

Kerana Penghulu Ibrahim tiada waris .. rumahini terbiar selepas kematian nya

Badan Warisan Malaysia yang menjumpai rumah ini akhirnya memindahkan dan memulihara rumah ini ke No 2 Jalan Stonor

IMG_2219.

.

Betul-betul terletak di tengah kota Kuala Lumpur

Siapa sangka ada sebuah rumah yang seindah ini ada di sini

Berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas

IMG_2218

.

.

Tak boleh suka-suka merayau nengok-nengok rumah ni.

Kena ikut ‘ Guided Tour’

Pukul 11 pagi dan 3 petang je

Kami dibawa oleh Cik Nur Sharina , yang fasih berbahasa Inggeris .. yang tahu selok belok dan sejarah rumah ini..

[ sampai memanjatlah CikPuanLawa ke loteng untuk melihat tempat di mana anak dara yang akan berkahwin di’ simpan’ .. katanya untuk mendapatkan kulit yang putih licin.. tetapi sebenarnya juga untuk supaya dia jangan lari dari rumah kiranya kawin itu kawin paksa ]

[ Saya tak panjat .. Saya bagi semangat dan sokongan aje ]

[ Katalah je takut nak panjat kann.. kannn CPL !! ]

Kami dapat tahu .. semasa pemindahan rumah ini.. tertanam di bahagian bawah tiang seri rumah ini.. mereka jumpa sekeping duit syiling tertera tahun 1919

dan semasa rumah ini dipindahkan ke sini pula ..mereke pula meletakkan sekeping syiling  1996 , sebagai tanda .

Kool.

.IMG_2221.

.

.

Hujan selebat-lebatnya masa kami pergi hari tu

Gambar-gambar adalah hampeh..

Kelam kelabu semua ..

IMG_2251.

.

Rumah ini terbahagi kepada tiga bahagian

Rumah Ibu , ruang dapur dan balai

Balai adalah tempat Penghulu berjumpa orang kampung .. berbincang ..dan ada satu bilik di situ yang dibuat ruang pasong

Penghulu Abu Seman ini gagah

Ada 4 orang isteri

Rumah ini menempatkan dua daripada empat isteri Penghulu Abu Seman

No 1 dan No 3

Kenapa ..

Kerana .. No1 selalunya tak berapa suka dengan No2 ..

Kerana No2 macam merampas haknya

Bila ada No3 .. No 1 akan kata .. Rasakan.. baru kau tau apa yang aku rasa ..

Maka No 1 akan geng dengan No3 .. No 2 geng dengan No 4 ..

.IMG_2249.

.

.

Ini tangga untuk/ke ruang dapur

Tangganya agak curam .. kerana jika ada serangan .. pastinya penjahat yang tak biasa dengan tangga ini akan terjatuh ..

Dan tangga ini lah tempat para wanita duduk-duduk sembang-sembang dengan jiran-jiran yang datang menjenguk sementelah nak ke sungai …

IMG_2247.

.

.

Curam kan..?

Dan atap yang curam tu pun akan melindung pandangan orang di luar dari senang-senang mengintai ke dalam.

IMG_2242.

.

Itu orang panggil serkap ayam ya…

IMG_2258.

.

.

IMG_2261.

.

.

Bawah rumah memang tinggi

Boleh parking satu Naza kat bawah rumah

Dulu-dulu .. banyak aktiviti dibuat kat bawah rumah ini..

IMG_2263.

.

.

Kuaters untuk Pegawai Inggeris kelas C dulu..

IMG_2210.

.

.

Yup..

Walau dari sudut mana pun..

Ia tetap memikat hati saya

IMG_2213.

.

Bahagian belakang rumah Inggeris lama tu di sebelah Rumah Penghulu Abu Seman ini

.IMG_2217.

.

.

Kami akan datang lagi

Kami akan tunggu bila langit biru dan akan datang lagi

Tak puas hati ni ..

.

.

Boleh jugak nengok-nengok je dari luar.

Tak payah ikut ‘ guided tour ‘ tu..

Tapi apa kellass kan..??

Ambik gambar dari luar rumah ..

Tanpa tau cerita pasal rumah tu …

Itu bukan saya namanya .. kalau tidak mencari sejarahnya …

IMG_2208.

.

.

.

.