TORAJA : RAMBU SOLO : KERBAU

.

.

.

.

Kerbau

Juga dipanggil teddong

Satu haiwan yang amat berharga bagi masyarakat Toraja

Penting untuk upacara Rambu Solo

.

.

Apa itu Rambu Solo… ?

Apabila seorang itu meninggal dunia dalam keluarga Toraja

Dia tidak dianggap mati

Dia dianggap sakit

Dipanggil ‘ tomakula ‘

Setelah diawet ..dulu-dulu dengan bahan-bahan alam

Sirih .. getah pisang .. garam dan teh

Sekarang dengan formalin

Dia akan disimpan didalam keranda .. atau juga yang dipanggil erongan

Dia akan di simpan didalam rumah .. atau juga yang dipanggil tongkonan itu

Dijaga .. disajikan makanan 3 x sehari .. Seperti pada masa hidup

.

.

Hinggalah pihak keluarga cukup modal untuk Upacara Pengkebumian

Dinamakan Rambu Solo

Macam pesta

Pihak keluarga akan menyediakan kerbau-kerbau dan babi untuk disembelih untuk upacara ini

Jumlahnya .. bergantung kepada taraf keluarga itu

Yang bangsawan .. boleh mencapai hingga 100 ekor

Yang golongan menengah .. mungkin dalam 20 – 50 ekor ..

.

.

Ini kerbau biasa ..

Yang hitam

Yang ini .. dalam 15 Β juta Rupiah

[ gi ambik kalkulator .. 100 ribu rupiah = 30 RM ]

IMG_0180.

.

.

Kerbau-kerbau di Toraja tidak digunakan di sawah

Dijaga .. dibela .. bila besar .. boleh dibawa ke Pasar Kerbau di Bolu untuk dijual

IMG_0181.

.

.

IMG_0186.

.

.

Teddung belang

Kerbau putih belang hitam

Sangat mahal !!

IMG_0100.

.

.

IMG_0101.

.

.

Seekor ..

Teddung belang yang macam ni ..

Yang paling murah .. 250 juta Rupiah

Yang paling mahal … 500 juta Rupiah

[ pergi ambik balik kalkulator tadi !! siapa suruh simpan !!!! ]

IMG_0615.

.

.

IMG_0611.

.

.

Masa Rambu Solo tu..

Kerbau-kerbau ni akan dibunuh..

Daging nya akan dibahagi-bahagikan kepada tamu dan sanak saudara

Buat kenduri…

.

.

Dah kira dah berapa RM seekor kerbau ?

Boleh beli sebuah Avanza/kijang tau!!

Itu seekor..

Kalau 100 ekor …??

Kerbau-kerbau ni pulak .. hanya boleh hidup di Toraja

Pernah .. dan selalu ada dibuat kajian dan ujian untuk menternak kerbau ini di luar Toraja

Tak betah

Hanya boleh hidup hingga 7 bulan sahaja

[ jangan lak nak berangan nak jadi penternak dan penjual kerbau untuk masyarakat Toraja ya …. ]

.

.

Kita , yang diluar ni .. Nampak ni semua macam tak masuk akal kan..

Kumpul duit banyak-banyak.. dah kaya..guna untuk Rambu Solo

Pak Dien , seorang Toraja , kata.. Di Toraja ni.. Duit juta-juta dipotong-potong aje..

Tapi pada orang Toraja, Rambu Solo adalah untuk menghargai kasih sayang , jasa , pengorbanan ibu bapa mereka dalam membesarkan mereka

Berhabis juta juta juta pun tak apa…

.

.

Pesta akan berterusan hingga beberapa hari

Selesai pesta ..

Keranda akan ditandu ke tempat perkuburan

.

.

.

.

Bersambung tentang kuburan Toraja nanti…

.

.

.

.