WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

.

.

.

.

RM 100 seorang …

20130201-074451.

.

.

Minggu lepas.. Di sekolah Abang Long

Saya cuma bawa salinan kad pengenalan saya sahaja.. Saya lupa bawa salinan kad pengenalan Abang Long

Oleh yang demikian …  saya kena cari Abang Long di kantin sekolah dan bawa Abang Long berjumpa Guru Tingkatan Abang Long untuk bukti bahawa dia anak saya

Juling mata saya nak cari Abang Long di kantin sekolah itu

Semua sama baya, sama warna baju dan seluar, sama gonjeng rambut sama macam  Abang Long

.

.

Dapat sorang RM 100

Banyak tu..

Abang Long guna untuk beli Scientific Calculator dia

Nina guna untuk beli baju PJK , baju sukan , alatan Kemahiran Hidup dia

BudakRock guna untuk beli buku-buku cerita

BudakKecikMataBesar simpan dalam tabung dia

.

.

Abang Long cerita …

Budak-budak sekolah dia .. lepas makan , ramai yang malas hantar balik pinggan, gelas ke tong bekas makanan

Maka .. PakCik Kantin buat offer … sesiapa yang hantar balik ke tong bekas makanan .. satu pinggan, gelas dia akan bagi 2 posen ..

Abang Long cerita …ada seorang kawan dia ..

Masa rehat dia tak makan..

Dia kutip pinggan, gelas tu..

Kutip duit kat PakCik Kantin bila pulangkan pinggan , gelas tu..

Baru dia makan .. guna duit yang dia dapat tu..

Kadang-kadang Abang Long bagi jugak duit lebihan belanja makan dia kat budak tu..

.

.

Duit RM 100 Bantuan Awal Persekolahan yang diberi itu rasanya  besar makna nya pada keluarga budak itu

Dan kepada banyak keluarga lain di bumi Malaysia ini…

Rasanya …

.

.

.

.