TOBA : HORAS DARI TOBA : MEDAN KE PARAPAT KE SAMOSIR

.

.

.

.

KapalTerbangMerah mendarat di Polonia Airport , Medan awal pagi

Medan adalah 1 jam di belakang Kuala Lumpur

Kecil sahaja Polonia Airport tu..

20130121-203755

.

.

Untuk kembara yang ini..

Saya menggunakan khidmat Ridu

Sangat disyorkan

Boleh ‘ friend ‘ dia di Fesbuk .. Ridu Binsar Hutahaean untuk bertanya-tanya …

Nanti saya cerita …

img_0146

.

.

Dari Medan ke Parapat di tepi Danau Toba adalah 4 jam

Saya ulangi .. 4 jam !!!

Alhamdulillah masa kami pergi hari tu .. jalan tidak macet ..

20130121-203931

.

.

Kami berhenti makan tengahari di Permatang Siantar

Burung goreng garing.. Nasi Padang

20130121-204024

.

.

Saya dah mula susah hati ..

Sebabbb …

Cuma dalam sejam nak sampai ke Parapat .. jalan dah mula mendaki bukit .. dah mula bengkang bengkok..

Saya takut mabuk darat ..

Tapi tak…

Sebab tidoq sepanjang jalan lepas kenyang makan burung goreng panas-panas !!

.

.

Untuk sepanjang perjalan mendaki bukit ni … Tak ada gambar yang saya ambil

Takut nak gerak banyak-banyak..

Kang bluekkk kanggg …

.

.

Akhirnya kami sampai di Parapat

20130121-204109

.

.

Kami nak naik car ferry dari Ajibata di Parapat ke Tomok di Pulau Samosir

IMG_0114.

.

.

Sepeda adalah basikal

Sepeda motor adalah motorsikal

Motor adalah kereta

Fonkius ??!

IMG_0123.

.

.

Err…

Tak tau lak loket tu apa…

IMG_0124.

.

.

IMG_0120.

.

.

Kedai-kedai kecil sekitar Pelabuhan Ajibata

IMG_0126.

.

.

B1 adalah anjing

B2 adalah babi

IMG_0128.

.

.

3000 Rupiah adalah seringgit

IMG_0140.

.

.

Saya jumpa Si Tanggang!!!

Tokeh feri rupa-rupanya dia sekarang!!

IMG_0152.

.

Inilah car ferry nya

Tambang .. dalam RM 30 sehala

IMG_0156.

.

.

Boleh isi dalam 30 buah kereta

Bas pun muat!

IMG_0157.

.

.

Anak batak ni masuk dalam feri

” Lempar buk !! lempar buk !! ”

Saya tak paham

Rupa-rupanya dia mintak pelancong lempar duit ke dalam air ..

Dia akan terjun dari tingkat atas feri tu ..

Menyelam dan cari duit tu..

Kesian lak nak lempar …

IMG_0176.

.

.

Tu kalau tak salah .. Danau Toba International Cottage

Betul-betul nghadap Danau

Affordable..

IMG_0116.

.

.

Mancing … mandi .. membasuh .. mencari rezeki ..

Semua di Danau Toba

IMG_0174.

.

.

Bye Parapat !!

Perjalanan dalam 45 minit

Nama Parapat .. ada saya baca..

Berasal dari seorang isteri .. suami dia jatuh dalam tasik

Dia nak selamatkan..

” Pak.. Rapat pak!! Rapat !! ”

IMG_0179.

.

.

Atas feri ..

EncikAbdul panggil saya..

” Nak gi toilet ? tu… !! ”

Err..

Tak pe..

Rela ku kepit dan tahan…

20130121-211222.

.

.

Feri penumpang ke Samosir

Murah je

Dalam 7000 Rupiah sehala

Boleh naik di Pelabuhan Tigaraja

Boleh mintak pemandu feri berhenti di mana-mana tepian hotel yang kita nak singgah

IMG_0186.

.

.

Ni yang besar..

Ada yang kecikkk je..

IMG_0188.

.

.

Itu adalah tanah besar Sumatera

IMG_0191.

.

.

Ridu cadangkan kami tidur di sini

Samosir Villa Resort

‘ Saya tidak dapat atau mintak apa-apa komisen .. semua ini kawan-kawan saya ..” dia kata

Hotel ni best !!

Sebab….

Ada bantal peluk!!!!

IMG_0213.

.

.

Tu ha ada nombor teleponnya kalau-kalau ada yang berminat

IMG_0214.

.

.

Cantik Resort ni

Kami ambik yang ada satu king size bed , satu super single .. nghadap Toba..air panas 24 jam.. ada wifi..

Cuma 550 000 Rupiah

Lebih kurang RM 166 semalam

Bilik kami yang kat hujung bawah tangga ni.. belah kiri

Bukak pintu terus nampak Toba

Nak terjun dalam Toba pun boleh..

IMG_0223.

.

.

Tu feri penumpang yang saya cerita tadi

Boleh berhenti depan resort ni

IMG_0198.

.

.

Ada pelantar kat depan bilik

Saya dan BudakKecikMataBesar duduk rendam-rendam kaki sambil tunggu ikan pora-pora datang dekat dan bedebush kan kaki halau depa semula!

Kalau nak terjun mandi dalam tasik pun boleh!

Gila kau !! Maksimum kedalaman adalah 505 meter!!

Caldera lake terdalam di dunia!!!

IMG_0208.

.

.

Bak kata Kawan saya..

Sublime !!

IMG_0209.

.

.

Yang penting ..

Hotel tu kena ada swimming pool !!

Kata BudakKecikMataBesar

IMG_0216.

.

.

IMG_0219.

.

.

IMG_0220.

.

.

Merah, hitam dan putih adalah warna-warna Batak

Merah .. berani

Putih .. [ lupa… ]

Hitam …Tanah

Mereka ada bendera mereka sendiri..

IMG_0229.

.

.

Masyarakat batak terkenal dengan tenunan kain Ulos mereka

Dengan ukiran kayu mereka

IMG_0230.

.

.

Dan Rumah Adat mereka

IMG_0235.

.

.

Apesal Merlion ni ada kat sini ….

IMG_0234.

.

.

Okeh…

Sambung lain hari ..

.

.

.

.

Tips

Airport Polonia adalah kecil. Dinasihatkan … dapat sahaja beg-beg, pegang. Walau ada yang sibuk nak tolong pegang, jangan layan. Semua tu berbayar nanti. Dan semasa nak check in, nanti pun ada ramai yang nak tolong angkatkan beg, ada yang nak tengok boarding pass kita.. Pedulikkan.. Semua tu berbayar tu. Walau pun nanti kerjanya cuma pegangkan boarding pass dan tunjukkan kaunter kat mana.

Kami cuma nak ke Danau Toba dan Samosir . Kami tak nak ke Istana Maimon, shopping di Pajak Ikan, dan ke Masjid Raya di Medan. Kebanyakan tour operator akan memasukkan itinerari ini ke dalam perancangan mereka.Saya dah cakap ke Ridu .. Kami nak explore Samosir . Ridu pun kata yang dia tak sama dengan tour operator yang lain. Dia suka kalau yang pergi dengan dia … explore. Kalau ada yang memerlukan khidmatnya, just add dia dia fesbuk : ridu binsar hutahaean. Oleh yang demikian, dia cadangkan kami tidur di Samosir, bukan di Parapat. Dan kerana sangat cantik dan selesa, kami sambung jadik dua malam, tak jadi tidur di Berastagi. ( tak ada apa yang best pun sebenarnya di Berastagi tu )
Dan best sebab hotel tu ada bantal peluk!!!!

Dari Medan ke Parapat adalah jauh. Kalau berani, boleh ambil bas atau van henti-henti . Sangat murah. Tapi…. Tahan je lah kalau tak ada air con .. Kalau ada air cond pun.. Orang selambalen je hisap rokok kat dalam tu… Dan kena tunggu sampai bas / van tu penuh baru jalan. Kalau tak nak mabuk masa jalan bengkang bengkok tu.. Make sure jangan duduk belah tepi. Kalau duduk kat belakang, duduk belah tengah. Pandang jalan kat depan tu. Stare at the horizon.. Amazingly saya tak mabuk darat bila buat macam tu!! Even perut penuh dengan nasi berlauk burung goreng !!.Boleh juga tidur di Parapat, dan ke Samosir dengan bot penumpang, sangat murah. Tapi nanti di Samosir susah lak nak ke sana sini. Ada banyak hotel dan Bed n Breakfast di Samosir. Kebanyakannya memang menghadap Danau. Boleh walk in dan sewa. Bawak adaptor yang sesuai ke Indonesia

Kebanyakan orang Batak beragama Kristian.. Warna kulit dan bahasa lebih kurang sama dengan warga Indonesia yang lain. Oleh itu, hati-hati dari segi makanan. Tapi jangan risau … ada banyak kedai makan yang halal di Samosir ni ..

.

.

.

.