SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA

.

.

.

.

Saya pernah baca dan belajar pasal beliau dalam subjek Sejarah semasa Sekolah Menengah dulu

Saya tak bergerak depan TV menghadap History Channel pasal beliau bersama-sama berusaha menjejak dan mengembalikan wira-wira Penjejak Iban / Iban Trackers yang gugur ke tanah kelahiran mereka. Saya kagum akan Iban Trackers yang pintar menjejak jejak komunis

Saya terpegun menonton dokumentari tentang beliau yang sanggup melanggar pantang terkena darah demi menyelamatkan rakan seperjuangan dan sama-sama cedera dan terlantar 14 bulan di hospital

Hanya beliau yang tau berapa ramai komunis lahanat yang berjaya beliau tewaskan

Saya tau beliau akan bersama ketika perarakan Hari Kebangsaan tahun ini dan saya bertekad hendak melihat wira ini dengan mata saya sendiri

img_7801

.

.

Dan semalam

Kita kehilangan seorang Wira Negara

Temenggong Datuk Kanang anak Langkau, SP, PGB, PGBK (Rt) (1945 – January 3, 2013)

.

.

Ada ramai lagi wira-wira tak ber didendang yang kita tak tau ceritanya

The unsung heroes…

.

.

.

.