HARI KE TIGA

.

.

.

.

Nampak plaster kat belakang Nina tu … ?

 

.

.

Nina dah keluar dari ICU

Dah boleh makan

Dah boleh mula fisio

.

.

Doktor kata, Nina tak boleh bawa barang berat dan aktif dalam tiga bulan pertama selepas pembedahan

Termenung juga saya nak fikir macamana Nina di sekolah nanti

Tapi berita baiknya, Nina tak payah pakai ‘ brace ‘ pada badannya

Dulu, dengarnya selepas pembedahan, Nina kena pakai ‘ brace ‘ untuk 6 bulan

( KakNgah, Doktor Nina kata, besi tu tak payah dikeluarkan, walaupun tulang belakang Nina dah tegak , selepas beberapa lama, selepas besi tu dah menjalankan tugasnya… Kita biarkan aje besi tu kat situ. Doktor Nina kata, kalau nak keluarkan pun boleh, tapi kenalah operate lagi…)

.

.

Sebelum cuti sekolah hari tu, Nina dan semua budak Tahun 6 ada ‘ class trip ‘ ke Perak. Mereka pergi ke Lost World of Tambun, Gua Tempurung dan banyak lagi tempat

Ada mak kawan Nina ,yang jugak pesakit saya kata pada saya..

” Doktor bagi eh anak Doktor pergi trip-trip gitu… Saya tak bagi.. Saya takut apa-apa jadik…”

Saya kata … Semua class trip saya bagi pergi, kalau class camp lagi saya bagi pergi.. Semua tu jadik pengalaman dia nanti. Kenangan dengan kawan-kawan. Belajar tak kat sekolah aja,life pun bukan kat sekolah aja. Kalau dah ditakdirkan, depan kita pun dia orang boleh jatuh tergolek patah kaki tangan.

.

.

Kannnn…

.

.

.

.