SIEM REAP : MAKAN-MAKAN

.

.

.

.

Saya kata makan di Siem Reap adalah senang.. dan sedap..

EncikAbdul pun..

Saya jarang nak cerita pasal makanan

Saya tak reti …

.

.

Ni masa hari pertama .. Kami mintak Chanta, drebar kereta tu bawakkan ke Restoren Halal

Dia call sana sini , konfem kan kat mana ada restoren halal

Baik budak Chanta ni…

Senang je nak cari restoren ni…

Mintak je sesiapa hantarkan ke Masjid

Restoren ni right sebelum Masjid An-Nikmah tu …

Cambodian Muslim Restaurant

.

.

.

Terbaik * sambil goyang-goyang hujung ‘phalange’ ibu jari * * macam Boi Boy *

Daging Lok Lak

Dipercayai tidak ada kena mengena atau berasal dari utara tanah air kita tapi.

Sedappp nya !!

Sedap sangat !!

( sila almaklum lah ya …. gitu lah gayanya kalau daku mengreview makanan.. )

.

.

.

Ini adalah Fish Amok

Pun sedap

Boleh jugak mintak Beef Amok

.

.

.

Restoren seterusnya ..

Ni memang biasa dah dibaca kat blog-blog orang yang dah datang ke Siem Reap ni

Restoren ni dah pindah dari tempat yang biasa dah dibaca kat blog-blog orang yang dah datang ke Siem Reap ni

D’Wau Restaurant

.

.

.

Ni ha alamat barunya..

Sila kata .. ‘at the new Arcade along the National Road No 6 ‘

Kami mintakNasi Goreng Daging Lok Lak

Nasik Gorengnya ‘tak berapa ada perasaan sedap’

Daging Lok Lak nya ..pun ‘tak berapa ada perasaan sedap’ di situ

Kami bagi 4/10

.

.

.

.

Saya baca kat blog sana sini

Dan salah satu tujuan utama ke Siem Reap ni lah sebab nak rasa masakan tersohor Haji Musa yang tersohor ini !

Muslim Family Restaurant Haji Musa

.

.

.

Daging Lembu Naik Bukit

Sedapppnyaaaa !!!!Teringat-ingat sampai sekarang!!

.

.

.

Masa makan makan ni.. memang kami akan ajak drebar kami kat sana tu

Masa ni saya ajak Aleks .. drebar TukTuk yang pasti akan tunggu depan hotel in case kami nak ke mana-mana , kami akan panggil dia

Sempat saya berbual-bual dengan dia

Asal dari Kompong Thom , 120 km dari Siem Reap

Masih bujang .. Dia kata .. kalau nak kawin.. perlukan 3000 hingga 4000 USD .. dia belum mampu lagi

Orang kat sini .. kalau dah kawin.. kena tinggal dengan keluarga perempuan

Hari-hari Aleks bawak TukTuk

Bulan Oktober hari tu .. ada banyak jugak rezeki dia

Bulan Ogos dan September .. tak ada sorang pun pelancong yang naik TukTuk dia ( Ogos Sept musim hujan..)

Pada bulan tu.. dia cuma makan sehari sekali je .. Sedih saya dengar

Aleks cerita .. kampung dia tak ada letrik.. air ambil dari perigi.. kolam sungai

Kalau nak letrik.. guna bateri .. 1USD 1 kilowatt

Dia kata .. Senin lepas kami balik.. dapat duit yang ada bawak kami jalan-jalan tu.. dia nak pasang wayar untuk sambung letrik ke rumah dia..

Letrik tu nanti ..kena’ beli ‘ lak dari Siam

.

Kita selalu ingat kita susah cari duit .

Ada orang yang lagi susah cari dan nak dapat duit daripada kita..

Menginsafkan bila dengar cerita Aleks tu

.

.

Ini passwordnya wifi restorennya ya…🙂

.

.

.

Teh dan kopi tersedap pernah saya rasa

.

.

.

Teh ni ..

Kalau sesiapa ( ehemm.. AkakMahhhhh kennn  ..ehemmmm..) pergi sana..

Saya nak kirimmmm !!!

.

.

.

Malam ke dua kami di sana

Kami pergi ke Apsara Dance . USD 12 seorang . Buffet . Macam-macam ada ..

Di Koulen Restaurant ni .

Kami makan malam dulu di Restoren D’Wau tu ..

.

.

.

Ni ha dessertnya..

Macam-macam ada

Di setiap kuih tu .. ada tertulis ramuannya

Saya lihat .. baca.. tak ada apa-apa meragukan ..

.

.

.

Maka saya dengan tanpa kemoskilan .. ambil ‘jack fruit’ cake ni..

Sedappp…

.

.

Sambil-sambil orang lain dinner dengan sedapnya dan saya makan jack fruit cake itu dan EncikAbdul makan empat bijik pisang ..

Kami nonton Apsara Dance

Cantik!

Saya terpegun..

1

.

.

Kalau saya

Memang saya akan cuba untuk selingan-selingan kebudayaan sebegini

Daripada saya belanja duit tu untuk ke pergunungan Phnom Kulen yang jauh tu untuk nengok linga dan yoni dalam air dan air terjun.. atau ke Preah Vihear yang jauh tu untuk nengok temple yang jadi perbalahan antara Siam dan Siem Reap ..

Lebih baik saya nengok ni…

2

.

.

.

I really enjoyed the show

3

.

.

.

Berbaloi USD 12 saya

4

.

.

.

.

.