CUTI SEKOLAH II

.

.

.

.

Sementara menunggu sampainya Peperiksaan Akhir Tahun dan Cuti Sekolah

Macam-macam aktiviti dibuat untuk Budak-Budak Tahun 6 di sekolah Nina

Ada Pertandingan Menghias Kek

.

.

.

Yours truly kena cari dan beli fondant berwarna-warna untuk kumpulan dia

Mereka nak buat kek bentuk tuxedo

Nina mintak saya buat kan kek ..

Err… saya kata…

‘ Makan kek Ibu reti lah!! ‘

.

.

Kemudian Nina tanya…

Kena letak cream dulu ke atas kek sebelum letak fondant ..?

Err …

Saya jawab … ‘ Kalau tanya Ibu macamana nak ambik gambar jembatan waktu blue hour Ibu tau lahhhh … ‘

.

.

.

.

Pagi-pagi tadi ..

Saya nak ke kerja

Dalam kereta .. nak belok kanan..

Seorang budak sekolah menengah lintas depan kereta …

Sebuah beg sekolah disandang sendeng belah kanan bahu

Dua jari tangan kiri kepit sebatang rokok yang berasap menyala…

Kecik je budaknya..

Mungkin dalam Tingkatan Dua..

Itu hari sekolah..

Hari cuti sekolah macamanalah agaknya….

.

.

.

.

.

.