SELANGOR : PULAU CAREY : PERKAMPUNGAN BUDAYA MAH MERI

.

.

.

.

Tiba-tiba EncikAbdul datang idea nak pergi ke sini

.

.

.

Saya pun gugel sana sini cari informasi

.

.

.

Perkampungan Budaya Mah Meri

Pulau Carey

Hari Senin tutup ya , kat sini…

Nak maklumat lanjut : mmcv.org.my

.

.

.

Kalau ramai .. dan buat booking .. boleh nengok Tarian Joh Oh tu..

Kami main redah je .. Kalau main redah je .. kalau nasib baik.. ada persembahan .. untung ahhh !!

.

.

.

Ni Rumah Moyang

Di perkarangan kompleks

.

.

.

A new experience for them ๐Ÿ™‚

Panjat tangga bukan batu

.

.

.

Galeri Pamerannya

Dan Pentas Persembahan

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tang ni saya eksaited baca…

Kalau pasal Johor dan Sultan Mahmud dan sebagainya…

.

.

.

.

.

.

Kaum Mah Meri ni mewarisi kepandaian mengukir kayu daripada nenek moyang mereka

Kayu daripada pokok ini

.

.

.

Yang ini yang femes

Moyang Harimau Berantai

Dari sebongkah kayu ..gelang-gelang itu diukir .. bukan dimasukkan ke situ ya..

.

.

Satu ukiran Moyang tu boleh mencapai satu ke lima ribu RM !

.

.

Somehow saya suka nama-nama ukiran mereka

Yang ni Moyang Katak Kala

Menceritakan pertelingkahan antara katak dan kala jengking

.

.

Yang ni Moyang Lanjut

Dikatakan .. ada sepasang suami isteri pergi ke paya untuk mencari ketam, suaminya lemas di paya , sang isteri meratap kematian sang suami, sehingga dia mati dan menjadi roh Moyang Lanjut

.

.

Moyang Udang, Moyang Katak Kala dan Moyang Belalang

;

.

.

Ni Pondok Kraf salah seorang Tukang Ukir terpandai mereka

Encik Samri, Tukang Ukir atau juga dipanggil Tukang Ulung

.

.

.

Pelamin

Majlis perkahwinan pun ada dalam pakej berserta Tarian Jo Oh tu

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Teringat pentas offering masa kat Bali dulu

.

.

.

.

.

.

Langit adalah sangat biru di Daerah Kuala Langat semalam !

.

.

.

.

.

Saya tanya Tini ..

Yang bawa kami sekeliling Perkampungan..

Kalau nak buat burung yang macam tu .. boleh ajar ..

Bolehh… Kata Tini

Tini itu adalah seorang gadis Mah Meri

.

.

.

Ini burungnya…

.

.

.

.

.

.

Guna daun nipah

Bukan daun kelapa

.

.

.

Yang dia ni memang suka benda-benda gini

Dia ada dua tiga buku Origami

Saya kata kat dia

Ini ori punya origami!!

.

.

.

.

.

.

Ini salah sebuah rumah di belah luar Perkampungan itu

Ada antara mereka yang berkerja di ladang kelapa sawit

Ada yang full time usahakan kraf tangan

.

.

.

Macamnana nak pergi sana .. ?

Dari jalan Klang Banting..

Akan nampak sempang ke kanan .. ke Pulau Carey

Siapakah Carey

Seorang penjawat awam Valentine Carey .. masa zaman British dulu.

Mengapa dia yang dapat nama..

Saya tak jumpa mengapa …

Chop.. sambung balik.. jalan tegak masuk ke Pulau Carey

Nanti akan nampak papan tanda ke Kampung Bumbun

Dan papan tanda Perkampungan Budaya Mah Meri itu

.

.

Satu jelajah hujung minggu yang jauh , banyak benda baru dipelajari tapi.

Sekian…

๐Ÿ™‚

.

.

.

.