CHINA : BEIJING : BEIJING CAPITAL AIRPORT

.

.

.

.

Arrival dan departure dari Terminal 2

Ini adalah sesaja nak beritau pasal Restoren Muslim di sana

Di Level B1

Rasa nak melompat bila jumpa !! Laporrrrrrr !!

.

.

.

Bila kami masuk .. waiter dan waitressnya dok tolak -menolak sesama sendiri

Ohhh… Sommm siapa nak ambik oder ..

Sebab ambik oder nanti kena cakap Inggeris …

.

.

Kami makan Braised Beedf Noodle

Bila dah lapar … apa aje ( yang halal lah .. yang harroommm tak .. ) rasa sangat sedaaaapppppp …

Dia orang ni pesen kalau ambik oder, tak ambik oder air ..

Teh Cina pon tak hidang

Kami oder mineral water .. hambik kau !! Mineral Water Evian dia hantar !!

Dua botol kecik 24 Yuan ..

.

.

Ni pesanan khidmat masyarakat..

Nampak tak bakul kuning tu..?

Satu bakul adalah 2.8 kg

Saya nampak berat bakul kosong tu atas penimbang.

Mereka akan letak bakul kuning dulu.. dan letak beg kita atas bakul tu..

Beg kita akan lebih 2.8 kg daripada yang sepatutnya

Satu beg satu bakul .. Setiap satu beg akan ada ekstra 2.8 kg!!  Gila bab!!!!

Hati-hati .. tak pasal-pasal kang kena bayar extra baggage

Tak guna nak bertekak … kecuali ko pandai cakap Mandarin

.

.

Immigresen di Beijing Capital Airport adalah sangat lembap ..

Sebab ada kaunter scan beg lepas kaunter Immigresen

Segala mak bapak tok nenek dia chek dalam beg

Bateri Lithium kamera .. tak boleh bawak dalam luggage ..

Sorang tak bawak lebih daripada 2 bateri tu dalam hand luggage

Wa bawak LIMA !!

Menggelabah distribute ke ahli rombongan yang tiga orang ni

.

.

Kat Airprt kat Malaysia .. KapalTerbangMerah sangat strict pasal satu hand luggage satu orang

Sampai kat luar negara nak masuk sini .. ada petugas kat sana kesah ..? Nehi.. Nehi ..

Kami check in dengan satu gerombolan dari Kajang yang melancong secara pakej ..

Sorang bawak kotak helikopter menan Made In China.. selimut Made In China .. Menan kekanak Made In China .. Hand Luggage .. Henbeg ..

Selamba je boleh masuk …

.

.

Sekian entri terakhir Kembara Beijing Saya

Lepas ni ke beraya di Land Of The Khmer pula….

Insya Allah….

🙂

.

.

.

.