CHINA : XIAN : MASJID XIAN

.

.

.

.

Dari Muzium Terracotta Army , kami balik ke bandar Xian ..

Naik bas yang sama ..7 Yuan juga .. Perut berkeroncong !!

Sebenarnya.. Tujuan utama saya kembara ke negara China adalah untuk ke Tembok Besar, ke Muzium Terracotta dan ke Masjid Xian

Masjid Xian, kerana di sinilah dan dari sinilah Islam berkembang ke serata China . Semasa itu..belum wujudnya Melaka lagi…

Saya hendak bertemu dengan masyarakat Hui beragama Islam di sana

Saya nak merasa makanan mereka..

Masjid Xian…

Masjid yang tertua di China !

Ini replikanya di Muzium Kesenian Islam di KL

.

.

.

Senang je nak cari

Pergi ke Drum Tower

.

.

Pergi ke lorong kat belakang Drum Tower tu..

Lorong tu namanya Bei Yuan Men ( nanti saya cerita ..)

Lorong kecik yang pertama belah kiri anda adalah jalan yang menghala ke Masjid

Ada banyak kedai cenderahati di kiri-kanan lorong itu..

Jalan tegak.. nanti jumpa ada satu ‘opening ‘ kat tembok belah kiri .. itulah pintu masuk ke Masjid Xian

.

.

Ini lepas pintu masuk utamanya.

.

.

.

Masjid ini dibina pada Tahun 742 ,masa Dinasti Tang

1270 usianya

Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang melalui Laluan Sutera .. berniaga .. berkahwin dengan penduduk tempatan

.

.

Ada 5 ‘ courtyard ‘

Ini yang pertama

Dalam proses pembaik-pulih

.

.

.

.

.

.

.

Ini ‘courtyard’ yang ke-2

The Five Roomed House

.

.

.

.

.

.

.

Masuk ke ‘ courtyard ‘ yang ke tiga

.

.

.

.

.

.

.

Ada batu-batu bersurat

.

.

Ekceli .. dah lost count dan mungkin tunggang terbalik courtyard-courtyard ni..

Ni .. rasa-rasanya .. gerbang yang nak ke menara pagoda tu ..

.

.

.

.

.

.

.

Yup ..

Dulu-dulu .. muazzin azan dari atas menara pagoda ni

Sekarang dah tak lagi

Saya sempat dengar azan Asar mereka

Agak pelik Azannya .. kelam kabut nak letak kamera besor … Nak cari fon.. ..onkan fon ..tak sempat nak tekan record kat fon , dah habis azan

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Courtyard yang ke-4

The Phoenix pavillion

Sebab macam burung Phoenix yang sedang mengepak nak terbang!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Seterusnya…

Gerbang yang nak ke Dewan Solat

.

.

.

.

.

Yang ini.. akhir nya .. hujung sekali … baru jumpa dewan Solatnya..

.

.

Saya ambik wudhuk .. saya minta kebenaran Solat Jama’ di situ

Sebenarnya .. tiada ruang untuk wanita solat .. Ada satu bangunan lain di luar kawasan masjid untuk wanita

Mereka hendak mengekalkan masjid yang asli .. Tiada ruang solat untuk wanita

Tapi mereka bagi saya Solat Jama’ saya di satu sudut di luar dewan solat .. di satu sudut di luar .. berlindung disebalik langsir hijau

Kat hujung belah kanan nuunn .. kat luar dewan solat

.

.

Saya solat

Saya doa

* tiba-tiba saya rasa air mata saya mengalir ketika saya berdoa …bersyukur … kerana Allah kabulkan doa saya dan kami .. dan kami selamat dan dipermudahkan dalam perjalanan kami hingga ke Masjid ini… *

.

.

Sesudah solat .. saya masuk jugak ke ruang utama

.

.

Tak berani nak ke depan

Ambik dari sudut belah kanan belakang je..

.

.

Ni bahagian dinding keliling masjid

.

.

.

Hokeh..

panjang nho dah entri ni

Sat lagi sambung balik ..

.

.

.

.