KUALA LUMPUR : MUZIUM TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA : SUNGAI BESI

.

.

.

.

Setiap hujung minggu saya mesti nak cari sesuatu yang baru

Gatal kaki rasanya bila duduk nghabiskan masa kat rumah

Kami ke sini … dekat je ..

.

.

.

Plak kat bawak kapal terbang tu ada tertulis nama Tentera-Tentera Udara yang terkorban kerana nahas udara

Ramai jugak

.

.

.

Mangsa model saya

Alaaaaa …. kena laaagi…. dia kata…

..

.

.

Hangar .. Untuk kapal-kapal terbang lama

‘ Hangar ‘ tiada kata untuknya dalam Bahasa Melayu ya…

.

.

.

Tentera Udara DiRaja Persekutuan (pada masa itu) mula mengembangkan sayapnya di angkasa dengan ketibaan pesawat pertamanya jenis Twin Pioneer pada 17 April 1958. Sebanyak 12 buah pesawat telah dibeli. Yang pertama dinamakan Lang Rajawali

Info saya gugel di sini

.

.

.

Kami sampai pada pukul 9:30 pagi

Dah berdenting panas peluh mengalir laju sana sini

Sila lah pergi awal lagi ya…

.

.

.

‘ Besarnya mulut dia !!

Kata BudakKecik7Tahun

.

.

.

Kokpit salah satu kapalterbang lama tu

.

.

.

Ada saya jumpa kat Flickr ada kapel buat fotoshut wedding kat sini

Ada kawan saya pun macam dah ada berangan-angan nak buat fotoshut wedding kat sini

( ajak saya temankan ya … 🙂 )

.

.

.

Tak terkata panas dan bahangnya kat luar ni !!

.

.

.

Cikgu mereka kata ” Perdana Menteri Pertama kita orang pertama naik kapal terbang ini ” ” Nama dia Tunku Abdul Rahman ”

Cikgu mereka kata ” Siapa nama dia ?! ”

Mereka kata ” Tunku Abdul Rahmannnn ”

Cikgu mereka tanya ” Tunku Abdul Rahman tu siapa ..? ”

Mereka kata … * SILENT *

Bak kata Cikgu Atan SekolahMARA dulu.

‘ Korang ni ngaji buluh kasap.. dapat hujung pangkal lesap ! ‘

.

.

.

Saya suka Muzium ni

Panas ..

Tapi banyak benda menarik boleh saya ketik gambar

.

.

.

M29 -12 Fighter plane

.

.

.

Tak ramai orang kat sini masa ni

Cuma kami berdua dan budak-budak sekolah Tadika tu

.

.

.

Dengar-dengar Muzium ni nak ditutup dah dipindahkan ke tempat lain

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Saya nampak satu kapalterbang yang berlubang hidung besar !

.

.

.

.

.

.

.

.

My favourite is still this majestic Sukhoi

.

.

.

Pergi lah..

Jangan tengahari buta tapi!

Rentung!!!

.

.

.

.