KISAH BENAR DAN SEDIH

.

.

.

.

Kami semua suka kucing

Kucing pun suka kami semua

.

.

Pada suatu tengahari .. di suatu simpang empat berlampu isyarat .. lampu bertukar ke hijau

Tiba-tiba kereta di beberapa kereta di depan kami brek .. dan senget ke kiri dan ke kanan

Terkejut semua orang dalam kereta-kereta di belakang nya

Kami tak sempat kejar lampu hijau itu

Kami berhenti di tempat kejadian

Kami nampak seekor anak kucing sedang menggeletek berdarah di kepala

Saya kesian .. Saya turun .. Saya angkat anak kucing .. masih menggeletek dan terbeliak mata dan berdarah

Saya letak di kaki lima jalan

Dia berhenti menggeletek .. dan menghembuskan nafas terakhir beliau

Hampir menitik air mata saya , melihat nyawa ditarik begitu

.

.

.

.

Kesian…

Sekian…

.

.

Pasca Nota:

Semasa berkerja bertugas di wad di hospital dahulu..

Semasa cuba untuk menyelamatkan nyawa dengan CPR

Ada masa-masanya bila saya rasa memang dah tak ada harapan .. memang ajal mereka dah sampai

Saya akan berhenti .. ( orang lain sambung CPR )

Saya akan pergi ke telinga mereka .. Dan bisik nama mereka .. dan ajar mereka Kalimah Syahadah

Kerana itu juga adalah sebahagian daripada tugas saya

.

.

.

.