SELANGOR : BUKIT MALAWATI : JERAM

.

.

.

.

Tujuan utama adalah ke Bukit Malawati , Kuala Selangor. Dah kali ke-3 kami ke sini. Dah kali ke-3 kami bagi makan monyet-monyet lotong-lotong  ‘silver leaf ‘ yang jinak-jinak ini

.

.

Sempat juga membeli dua ‘freeze’ magnet di sini ya

.

.

.

.

.

.

Petang Ahad lepas kami zoommm ke Pantai Remis. Tak jem tapi

.

.

Ada tudung pesen baru .. Pesen Obama namanya .. Bukan yang ni .

Ni pesen serelum.

Obama tu kena pin sana sini

.

.

Mula-mula saya ingatkan mereka jual aiskrim potong.

Bukan rupa-rupanya

Yang ni seringgit satu batang

.

.

Ais krim goyang namanya ..

Tuang air berperisa dalam calung logam tu

Goyang-goyang-kocak-kocak bekas besar yang berisi calung-calung tu dalam tong yang lagi besar tu

Tong tu berisi ais

Air berperisa dalam calung itu akan beku dalam masa 15 minit

Tanpa karen

.

.

Selalunya yang saya jumpa .. mereka goreng guna batu? pasir ? dan biji-biji kopi

Yang ni tak

.

.

Mau bela arnab ?

Encik Wazir ini jual

Saya pernah beli dan bela dan tak nak bela lagi sebab dah besar dan hantar kat adik saya kat kampung

Dah beranak pinak dan dah dijual pun.

Siapa nak.. boleh tanya saya nanti saya bagi nombor Encik Wazir itu

.

.

Kalau nengok cute macam ni… nak pikir dia boleh jadik sate .. tak sanggup ..

.

.

Arnab bunting sebulan

Kalau tak merancang .. tiap-tiap bulan boleh beranak

.

.

Dengar-dengar jalan-jalan highway dan kampung dari luar kota ke ibu kota jem semalam…

Berkat cuti sekolah dan kerja kawin….

.

.

Ada kawan saya kata .. matahari akan ada ‘ tahi lalat ‘ pada 6 June ini . Planet Kejora atau Zuhrah akan melintas depan matahari .. boleh dilihat sebagai satu titik hitam.

.

.

Menarik … saya tak akan cuba nengok tapi

Gerhana bulan malam tadi pun saya tak dapat rakam sebab langit berawan sangat!

Pukul 11 malam … baaru nampak bulan .. Pukul 7 pagi.. bulan saaangat terang dan bulat

.

.

Saya letak gambar matahari kita di Pantai Jeram Kuala Selangor je lah yaa…..

.

.

.

.