MENJEJAK JEJAK LAGENDA

.

.

.

.

Semasa di Pulau Pinang

Kami men-GPS mencari tapak ini , pusing dua tiga kali juga … bertekak dua tiga kali juga … Jumpa juga akhirnya …

Rumah Kelahiran P Ramlee

.

.

Kecil je … Berbilik satu … Berdapur kayu

.

.

” No photography please ” tapi !😦

Saya curi-curi jugak tapi.

Dapat yang ini

.

.

Kami terjumpa sepupu Allahyarham … Y Ramlee namanya ..

Panjang dia bercerita tentang P Ramlee ..

Dari percintaannya dengan Azizah

” Cerita benar Azizah tu “… menurut Pak Y Ramlee .. Cinta antara dua darjat .

Pilihan keluarga diutama.

Bila ternama dan masyhor .. Azizah menuruti hingga ke Singapura .. tetapi di tolak .. kerana Azizah telah berpunya

Bercerita lagiY Ramlee…tentang P Ramlee

Hingga penubuhan pancaragam Teruna Sekampong .. Hingga bakatnya dilihat oleh Shaw di satu malam di satu pertandingan nyanyian

Terus ke Singapura keesokkan harinya setelah menangis memeluk kaki ibubapanya meminta restu

Pak Y Ramlee bercerita sambil bernyanyi lagu P Ramlee

Interesting guy

.

.

.

.

.

Kami sambung lagi pencarian

Ke No 22 Jalan Dedap , Taman P Ramlee

GPS saya kali ini tidak mengecewakan

.

.

.

Sampai betul-betul tepi rumah ini

.

.

Kenderaan Kereta terakhir yang digunakan oleh beliau

.

.

.

Lahir 22 Mac 1929

.

.

BudakPengawas yang tak berapa minat selongkar sejarah pun tertarik

.

.

Saya Kami sampai ke sini pun sebab BudakRock ini

Yang Gugel tentang Pustaka Warisan ini

Dia memang minat Sejarah .. dan P Ramlee

.

.

Saya tak pernah nengok cerita Rachun Dunia

.

.

Dan Kanchan Tirana

.

.

Dan Nombor Ekor Dan Damaq

.

.

Saya tau tapi

Filem terakhir beliau adalah Laksamana Do Re Me

Lagu terakhir beliau adalah Airmata Di Kuala Lumpur

.

.

Cuma dibenarkan bergambar di pintu masuknya sahaja

.

.

Malamnya .. En.Abdul kata

Jom dinner .. Bawak kamera

Kami ke sini

.

.

Milik Dato’ H M Shah ini

Di Shah Village Hotel

Menurut kabarnya … P Ramlee selalu lepak di sini

Masih ada gambar-gambar nya di tingkat atas Hotel ini

.

.

Dan di luar Hotel ini

.

.

Sebenarnya, sebelumnya

Saya telah pergi mencari jejaknya di Jalan Ampang

.

.

Bertanya kepada Abang Penjaga Kubur ( yang kerana kami short term memory tak berapa kuat .. lupa nama Abang lah bang … )

Dia kata ..

Kuburnya .. dekat pokok mangga .. dekat kubur yang berpagar hitam

.

.

Cari dan jumpa

.

.

.

.

Nama di IC adalah nama komersial dia

Boleh ek?

.

.

Kubur yang berpagar hitam adalah kubur Biduanita Saloma

Isteri P Ramlee ketika akhir hayatnya ..

.

.

Salmah Ismail nama sebenarnya

.

.

Di sebalah depannya .. kubur anak kandung P Ramlee

Allahyarham Nasir P Ramlee

Anak kandung beliau

Saya Gugel

Allahyarham cuma ada dua anak kandung , Nasir dan Arfan .. anak dengan isteri pertama beliau , Junaidah Daeng Haris

.

.

Bersebelahan dengan kubur P Ramlee saya jumpa kubur Allahyarham A R Tompel

Bekas suami Saloma

.

.

Dan kubur Norizan

Isteri kedua P Ramlee

.

.

Masih menara kembar tertinggi di dunia

.

.

Saya kirim kat kawan saya yang kerja di satu bangunan di jalan ini untuk gambar ini

Terima Kasih Kawan !!

.

.

Okeh ..

Ada 36 keping gambar

Ada empat tempat saya jelajah

Untuk entri Menjejak Jejak Lagenda ini

Hari ini .. genap 39 tahun Allahyarham P Ramlee meninggalkan kita

Al Fatihah untuk Seniman kebanggaan negara , kesayangan semua

.

.

.

.

.

Pasca Nota :

Pusara P Ramlee yang rosak ditimpa pohon besar ketika ribut diKuala Lumpur pada April tahun lalu telah diperbaiki

Saya sempat menziarah pusara Lagenda ini pagi-pagi tadi

Ala ..

Sepelaung je dari Tempat Kerja Saya

IMG_1639.

.

.

IMG_1640.

.

.

IMG_1642.

.

.

.

Al Fatihah..