JOGJAKARTA : PRELUDE

.

.

.

.

Kami berwisata ke Jogja dengan penerbangan Kapal Terbang Merah. Sila prebook makanan dan jangan prebook barisan kerusi yang berada di depan Pintu Kecemasan kerana kerusi itu tak boleh disandarkann !!!!

.

.

Airport Adisucipto kecil sahaja ya… Melimpah ruah perbarisan mengechop paspot. Oh ya … Inilah pertama kali saya lalu Immigresen kena check gurih chop jari sepuluh-sepuluh dan klik mug-shot saya sekali !! TIADA kedai selepas Immigresen selepas departure gate ya … Sila makan dan minum sebelum masuk pintu gate itu. Kebulur Wa beb !!!

.

.

Hotel Cakra Kusuma di pinggir bandar Jogja , selesa .. walaupun biliknya kelihatan agak tua.Ya …Tualanya kecikkkkk sangat … Ikat di atas, bawah terdedah . Ikat di tepi , tengah terbukak .. Sila bawa tuala sendiri untuk mengelakkan diketawakan guling-guling oleh teman sebilik

.

.

Pakej Sunrise di Borobudur sangat best awak !!!! Bangun pukul 3 pagi … Pisat-pisat mata nak segala nak mandi pagi-pagi buta . Worth it ..Pakej ke Dieng Plateau kami gantikan dengan menjelajah segala ceruk Kota Jogja .. hingga ke mencari Cicak Tokek dan Kopi Luewak … Nanti saya cerita. Pak Teo, Turis Guide kami memang best … Salam kaut 100 ribu Rupiah kami bagi dia

.

.

Shopping … Sila tawar selagi boleh tawar ..

.

.

Sangat panas tengahari di Jogja . Ireng Gue !! .. dan akan hujan selebat-lebatnya pada sorenya

20120227-165731.jpg

.

.

Ini sahajalah semangga belen kami semasa nak balik Malaysia

Dok ngira-ngira cukup tak untuk beli Nasi Lemak dalam kapalTerbangMerah …

Fiuuuhhhhh …. cukup …..

20120227-170211.jpg