INCREDIBLE INDIA : DAY 2 : AGRA : TAJ MAHAL

.

.

.

.

Kata Shah Jahan …

Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.

.

.

.

.

Saya panggil ‘ Kubur terbesar di dunia ‘

Makam Mumtaz Mahal

Meninggal ketika melahirkan anak ke 14

Maka didirikan monument untuknya oleh Maharaja

.

.

Ini pintu masuk utamanya

Darwaza-i rauza

“O Soul, thou art at rest. Return to the Lord at peace with Him, and He at peace with you.”

Kat atas pintu masuk tu..

.

.

Ayat dari Al Quran menjadi hiasan utama

Di sini .. ianya diukur berlainan saiz dari bawah ke atas , agar yang melihatnya akan nampak ayat-ayat itu sama aja besarnya …

Dari jasper atau marmar hitam

Kool …

.

.

First sight of the Taj

Sangat ‘ WAHHHHHHHHHHH !!!!!!!! ”

SanGat ‘CANTIKNYA !!!!!!!!! ‘

Enam bulan tiada hujan di sini .. sangat berdebu .. dan panas .. dan langit sangat tidak biru

.

.

Colourful, colourful sarees and people

.

.

Tau tak mereka tengah buat apa ?

Tengah beratur nak bergambar di kerusi yang Lady D bergambar dulu tu ..

Saya ?

Tak kuasa !!!!

.

.

Orang ramai adalah ramai !

Macam semut

Ini adalah pada hari biasa

Bukan cuti

Jumaat tutup ya Taj Mahal ni .. Sebab Masjid di situ digunakan untuk Solat Jumaat

Taman ini dipanggil charbagh

.

.

Purposely beli dan nak pakai baju bhai di Taj Mahal

.

.

Semakin hampir ke destinasi

Satu Keajaiban Dunia dah depan mata

.

.

Semua kena pakai sarung kasut

Nak berkaki ayam pun boleh ..

Panas tapi

Mereka buat . Meraka dah biasa

.

.

‘Jawab ‘

Atau ‘ answer ‘

Kerana ini adalah mirror image atau jawapan kepada Masjid yang di belah kiri Taj Mahal

For Architectural balance

Simetri di Taj Mahal adalah sangat ‘ percise ‘

Tak lari walau suku daripada suku inci pun

Amazing

Satu-satunya yang tidak simetri adalah letaknya Kubur Shah Jahan di tengah-tengah makam ini

.

.

Ku pandang kanan

.

.

Ku pandang kiri

Sama

Simetri

Amazingnya arkitek zaman dulu !

.

.

Darwaza-i rauza dari Taj

Nampak kubah kecik-kecik tu?

Ada 22 kubah

Menandakan 22 tahun siapnya Monument Cinta ini

.

.

Marmar di ukir,dilubangkan .. sedalam 2-3 mm .. diisi dengan batu batu permata

Jasper, carnelion, jade, kristal, lapis lazuli, delima dan macam-macam lagi batu permata

Amazing …

.

.

Marmar

.

.

Pietra dura inlay

.

.

Saya lupa nak ambik gambar tangan saya memegang satu warisan dunia !

Satu Keajaiban dunia!!!

darn !!

.

.

Salah satu ilusi

Sebenarnya tiang-tiang itu tidak bersegi-segi banyak sangat

.

.

Masjid di belah kiri Taj

.

.

Sangat sejuk di sini walaupun panas berdenting

Rasa nak baring!!

.

.

Sorang kaki jalan .. Sorang kaki makan

.

.

Mereka beratur untuk masuk ke dalam ruang makam Mumtaz

Q yang macam ular

Kat dalam tu tak boleh ambik gambar .. jalan pun tak boleh nak berhenti lama lama

Ada Inspektor Sahab

.

.

Dome yang 35 m tinggi

.

.

Larki

.

.

Keempat-empat menara dibina senget sedikit ke luar

Supaya .. jika tumbamg .. tumbang ke luar .. tak tumbang ke kubah

.

.

Orang ramai makin ramai

.

.

Guide kami .. Alam namanya .. bergigi kemerah-merahan .. makan sirih yu ..

Alam kata ..

Here here .. nice picture from here

Pandai guna DRSL yu !!

.

.

Macam semut da!!!

.

.

Pandanga terakhir taj mahal sebelum kami chow …

.

.

.

.